USAHAWAN dan pelakon terkenal, Aeril Zafrel, menjadi perhatian warganet selepas mendedahkan kos perkahwinannya dengan Wawa Zainal.
Menjawab pertanyaan warganet mengenai kos perkahwinan yang diajukan pengguna Threads, pemilik nama Suhairil Sunari, 37, itu sempat mengenang perkahwinannya pada tahun 2013.
"Yang sudah kahwin sahaja stay. Berapa kos kalian habis untuk wedding," tanya akaun _ayana.ya.
Sementara itu, Aeril pula menjawab pada untaian berkenaan"RM5500. RM5,000 duit hantaran, RM500 untuk doa selamat."
Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji Aeril dan Wawa yang bersederhana dan menerima antara satu sama lain seadanya.
"Bukti kahwin ringkas dan sederhana tapi tengok sekarang hidup kaya raya."
"Steady Aeril, sampai sekarang elok sahaja family. Berkat."
"Ini abang kahwin belum berjaya macam sekarang. Kalau sekarang mesti bajet abanglebih daripada itu."
Untuk rekod, Aeril atau sebenarnya Suhairil Sunari, 37, dan Wawa Zainal, 34, berkahwin pada tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 13, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 11, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5.