MRSM guna warden sepenuh masa, guru fokus mengajar. 'Bekas anggota beruniform dipilih dengan ketat'

Iklan

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) bakal menerima pembaharuan positif melibatkan pelantikan warden sepenuh masa bermula tahun hadapan.

Tiada lagi warden dalam kalangan guru, difahamkan warden yang dipilih dari bekas anggota beruniform akan dilaksana sepenuhnya pada 2027.

Iklan
Iklan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hal berkenaan memberi peluang kepada para guru menjadikan pelajar sebagai objektif utama.

Iklan

"Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dikalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA. 

"Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar," titipnya di laman sosial Facebook.

Iklan

Terdahulu, pada Ogos 2025,  Asyraf Wajdi mendedahkan dua buah maktab iaitu MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau,  Pulau Pinang adalah yang terawal menggunakan perkhidmatan warden  bekas anggota beruniform.

Warden-warden yang dipilih perlu melalui siri-siri tapisan termasuk sesi temuramah komprehensif untuk memastikan pesara-pesara dalam kalangan anggota beruniform ini benar-benar memenuhi kriteria yang digariskan oleh Mara.

Dengan adanya warden sepenuh masa MRSM, guru dapat menumpukan perhatian secara lebih mendalam kepada kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar serta aspek pembelajaran yang lebih berfokus.

Peranan warden bukan sekadar menjaga rutin harian; warden ialah pendidik watak iaitu ibu bapa kedua yang memastikan keselamatan terjaga, disiplin, membudayakan kasih sayang, pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar di asrama.

Asyraf Wajdi sebelum ini mendedahkan tiada toleransi terhadap salah laku, namun pendekatannya mendidik, memulih dan adil.