'Alhamdulillah.' Tomok & isteri bakal tunai haji

Iklan

PENYANYI Tomok dan isterinya, Ayu Abas bakal berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji.

Berkongsi video memaparkan sedang menyertai kursus haji bersama isterinya Ayu Abas, pemilik nama Shah Indrawan Ismail, 42, berkongsi kapsyen pendek bakal menunaikan rukun Islam kelima.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah," titipnya.

Iklan

Menerusi hantaran Azlee Senario, pelawak itu memuat naik foto majlis doa selamat sebelum berlepas ke Tanah Suci esok.

"Semoga Tomok dan isteri mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan di sana, aamiin," kongsinya.

Iklan

Foto: Ihsan Azlee Senario Chanel

Warganet mendoakan agar perjalanan ibadah haji pasangan tersebut berjalan lancar dan beroleh haji yang mabrur.

Sementara itu, belum ada perkongsian lanjut daripada vokalis New Boyz berkenaan.

Sekadar info, penerbangan pertama yang membawa kumpulan jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M  berlepas ke Jeddah pada 18 April 2026 lalu manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei ini.