'Terima kasih pilih mummy & daddy' – Watie titip ucapan manis buat Akira, harap jadi pengikat  kasih keluarga

Iklan

USAHAWAN dan pempengaruh Watie Hanifiah akhirnya berkongsi wajah puteri sulungnya, Akira Juwita Zahra kepada umum.

Berkongsi foto bersama sekitar majlis akikah  Akira baru-baru ini,  pemilik nama  Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu  menitipkan ucapan manis buat bayinya yang kini berusia sebulan iutu.

Iklan
Iklan

"Dear Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana memilih mummy dan daddy sebagai orang tuamu.

"Tiada kata-kata yang dapat mummy dapat luahkan untuk mengambarkan betapa bersyukurnya mummy kepada ALLAH kerana sekali lagi diberi anugerah yang indah selepas keindahan pertama yang DIA beri sesudah berjodoh dengan daddy Akira," titip Watie.

Iklan

Dalam hantaran di Instagram, dia berharap untuk melihat cahaya matanya menjadi penyambung kasih keluarga.

"Semoga Akira menjadi pengikat kasih antara mummy, daddy, kakak dan abang-abang Akira," kongsinya.

Iklan

Sekadar info, Akira dilahirkan 6 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Watie yang berkahwin dengan Shuib pada 23 Jun 2023 terdahulu keguguran pada Mei 2025.

Shuib terdahulu memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 10, Ayash Affan, 5.