‘So proud of you kakak’ - Alif Satar bangga anak dilantik pengawas sekolah

Iklan

PENYANYI dan pelakon Alif Satar berkongsi momen manis anaknya, Alisha Anugerah dilantik sebagai pengawas sekolah.

Hadir ke majlis pelantikan pengawas Alisha, Alif menyatakan rasa terharu dan syukur puterinya diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin muda di sekolah.

Iklan
Iklan

“Semoga kakak memimpin dengan penuh keikhlasan, baik hati dan berdisiplin, selain menjalankan amanah mengikut perintah-NYA,” kongsinya.

Iklan

Sebagai bapa, pelantun Lelaki Seperti Aku itu mengakui diri semakin berusia dan mudah tersentuh melihat cahaya mata sendiri.

Iklan

"Aku dah tua doh. Benda-benda macam ini pun boleh buat saya hendak menangis!" titipnya.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah isterinya tercinta, Shadila Halid serta ibu bapa, Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed.

Sekadar info, Alif memiliki empat cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, dan Muhammad ‘Ali, 7, dan Aleyya Fajr, 2 bulan.