Rahsia dua usahawan muda cipta fenomena luar biasa hasilkan inovasi perasa sifar kalori dan protein musang king

Iklan

SIAPA kata nak diet dan jaga badan kena makan makanan yang tawar dan membosankan? 

Zaman sekarang, gaya hidup sihat dah jadi jauh lebih seronok dan fleksibel. 

Iklan
Iklan

Menariknya, perubahan trend ini turut didorong oleh inovasi hebat daripada jenama tempatan yang faham benar dengan selera rakyat Malaysia.

Lupakan seketika dada ayam rebus yang tawar. Kini, peminat tegar gimnasium mahupun mereka yang baru berjinak-jinak nak turunkan berat badan boleh tersenyum lebar. 

Iklan

Bayangkan, anda boleh menikmati hidangan harian dengan perasa seperti kicap pedas, rendang special, satay special, malah tandoori tanpa perlu rasa bersalah. 

Semua itu merupakan antara keunikan yang dibawakan oleh ONTHEGO, sebuah jenama gaya hidup sihat bumiputera yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Iklan

Bermula dengan visi untuk menyediakan alternatif yang lebih berkualiti dan mampu milik, syarikat yang diterajui oleh dua usahawan muda ini membuktikan bahawa produk kesihatan tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. 

Fokus mereka sangat ringkas tetapi praktikal, menghasilkan bahan perasa sifar kalori serta rangkaian suplemen kecergasan premium seperti protein whey dan creatine yang menepati cita rasa moden.

Kejayaan tersebut bukan datang bergolek. Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan ONTHEGO, Muhammad Emuff Dhiya Ishak, 35, keutamaan mereka adalah memberikan yang terbaik buat pengguna yang mahukan alternatif lebih sihat tanpa mengetepikan soal rasa.

"Pada tahun 2024, kami memasarkan produk perasa makanan pelbagai perisa antaranya lada hitam, kicap pedas, rendang special, perapan bakar, satay special dan tandori. 

"Jualan amatlah memuaskan kerana produk ini tiada perasa dan pewarna tambahan serta garam berlebihan," kongsinya.

Apa yang membuatkan produk mereka lebih dipercayai adalah jaminan kualitinya. Setiap produk melalui ujian makmal pihak ketiga termasuk SGS bagi memastikan aspek keselamatan dan ketelusan sentiasa terjaga.

Mencetuskan fenomena

Bukan itu sahaja, rahsia kekuatan jenama itu juga terletak pada keupayaan mereka mengendalikan kilang pengeluaran sendiri di Selangor. 

Langkah berkenaan membolehkan kawalan kualiti dan proses penyelidikan (R&D) dilakukan secara domestik dengan lebih ketat. 

Selepas mencetuskan fenomena dengan produk perasa makanan, mereka terus mengikut kehendak pasaran dengan memperkenalkan serbuk protein yang cukup dekat dengan selera tempatan.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Arieff Abas, 33, menjelaskan inovasi produk mereka sentiasa berkembang mengikut keperluan nutrisi harian masyarakat yang aktif.

"Kami mengorak langkah ke hadapan dengan mengeluarkan produk serbuk protein dengan pelbagai perisa antaranya chocolate indulgence, coffee hazelnut royale, salted caramel dan durian musang king. 

"Produk ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna yang aktif bersukan, bukan itu sahaja ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari makanan tambahan. 

 Abdul Arieff turut menambah, produk mereka telah mendapat pengesahan KKM dan kini dalam fasa akhir untuk menerima pensijilan halal JAKIM yang dijangka diperoleh pada Ogos ini.

Selain daripada kualiti produk di dalam botol, pendekatan ONTHEGO yang sering turun padang menyokong komuniti sukan, menaja atlet bina badan, serta aktif berkongsi ilmu pemakanan secara interaktif di media sosial.

Ini membuatkan ia dekat dengan pengguna selain turut bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan memperluaskan portfolio produk dan meneroka peluang pasaran baharu pada masa hadapan.

Kejayaan yang dicapai itu menjadi bukti jenama tempatan berpotensi besar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi apabila disokong oleh inovasi, ketelusan dan komitmen terhadap kualiti.

Pada masa sama,  ONTHEGO turut menyasarkan mahu menembusi pasaran di peringkat global.