'Kasih sayang mama luar biasa...' Gelar bakal ibu mentua wanita kental, coretan manis Syed Saddiq sentuh hati ramai

Iklan

BUKAN main manis lagi ucapan ulang tahun kelahiran yang dititipkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman khas buat bakal ibu mentua kesayangannya.

Sejak mengumumkan ikatan pertunangan pada Mac lalu, hubungan akrab antara Syed Saddiq dengan keluarga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah nampaknya semakin mencuri tumpuan warga maya yang senang melihat kemesraan mereka.

Iklan
Iklan

Terbaharu, menerusi aplikasi Threads, ahli politik muda itu secara terbuka meluahkan rasa kagum dan penghargaan yang mendalam terhadap wanita yang mesra dipanggil 'mama' itu atas segala pengorbanan yang dicurahkan buat keluarga selama ini.

Dalam coretan ringkas yang sarat dengan emosi, Syed Saddiq menyifatkan ibu tunangnya itu sebagai seorang wanita yang tenang namun memiliki jiwa yang sangat kental.

Iklan

Sambil berseloroh menggunakan peribahasa 'diam-diam ubi berisi', beliau menyedari sifat ibu Bella yang tidak gemar banyak bicara, namun mempunyai kasih sayang yang tiada tolak bandingnya.

Iklan

"Happy Birthday mama. Diam-diam ubi berisi.

"Walaupun mama seorang yang tidak banyak bicara, kasih sayang dan pengorbanan mama luar biasa sekali," ungkapnya penuh makna.

Ucapan itu bukan sahaja menggambarkan rasa hormatnya yang tinggi, malah membuktikan bahawa beliau sudah mula menyesuaikan diri dengan fasa baharu sebagai seorang bakal menantu yang prihatin.

Wanita  istimewa

Mengiringi ucapan bermakna itu, Syed Saddiq turut mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup yang berpanjangan buat wanita istimewa berkenaan.

"Semoga ALLAH panjangkan usia mama dalam kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan yang tidak putus-putus," kongsinya yang sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengikut setianya di platform media sosial tersebut.

Rata-rata netizen memuji sikap budiman yang ditunjukkan dan melihat beliau sebagai seorang lelaki yang sangat menghormati orang tua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen bukan sahaja tumpang gembira, malah menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu sebagai satu langkah yang sangat matang dalam menjaga hubungan kekeluargaan.

Ramai yang bersetuju bahawa hantaran tersebut bukan sekadar ucapan santai, tetapi isyarat jelas bahawa beliau sangat mengenali dan menghargai keluarga Bella secara peribadi.

Dengan doa dan sokongan yang mencurah-curah daripada peminat, ramai yang berharap agar segala urusan pasangan merpati dua sejoli ini menuju ke jenjang pelaminan dipermudahkan dan kekal bahagia hingga ke jannah.