'Turunkan unsur maklumat palsu, kenyataan fitnah' - Fattah Amin, Amira Othman nafi dalam video tular kasari pembantu rumah

Iklan

MEWAKILI pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman, firma guaman Arief & Iskandar Advocates & Solicitors tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan anak guam mereka dengan sebuah video tular mengenai insiden kekerasan terhadap seorang wanita.

Dalam kenyataan firma itu, anak guam mereka bukan individu yang dipaparkan dalam klip video itu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa anak guam kami bukan individu-individu di dalam klip video tersebut, tidak terlibat dengan insiden keganasan di klip tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Oleh yang demikian, anak guam kami dengan rendah hati menyeru agar warga internet di rantau ini menurunkan sebarang penerbitan yang berunsurkan maklumat palsu serta kenyataan fitnah ini dan seterusnya berhenti daripada terus menularkannya.

Iklan

"Susulan pengeluaran kenyataan rasmi ini, anak guam kami mengambil pendirian tegas dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana- mana pihak yang berterusan menerbitkan, menyebarkan atau menularkan maklumat palsu dan kenyataan fitnah tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Dalam masa yang sama, pihak berkenaan memaklumkan sejak dakwaan berunsur fitnah tersebut mula tersebar di media sosial, Fattah dan Amira menuai pelbagai kecaman, kritikan dan komen menghina daripada orang ramai.

"Setakat hari ini, fitnah ini terus disebarkan dan ditularkan oleh warga internet secara meluas sehingga melibatkan pengguna-pengguna di negara jiran,” ujarnya.

Terdahulu, pada 13 Jun lalu, sebuah video viral memaparkan insiden keganasan fizikal oleh empat orang individu terhadap pembantu rumah warga Indonesia.

Susulan penularan video tersebut, terdapat ada warganet yang tidak bertanggungjawab membuat perkongsian berbaur fitnah kepada pasangan selebriti itu dengan mengaitkan mereka dengan empat individu terbabit.

Sumber: Instagram