Belum bertemu jodoh? Fathia Latiff kongsi pandangan soal perkahwinan pada usia 40 tahun: 'Stop fikir pasal kahwin melainkan...'

Iklan

SIAPA kata hidup membujang bila usia menginjak ke angka 40-an itu satu pengakhiran? 

Apabila usia semakin matang, definisi bahagia bagi setiap wanita pastinya mula berubah. 

Iklan
Iklan

Tidak lagi sekadar mengimpikan perkahwinan bak puteri raja, fasa mengejar ketenangan jiwa dan self-love nampaknya lebih menjadi keutamaan.

Sebab itulah, hantaran bersahaja pelakon Fathia Latiff di aplikasi Threads baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan wanita. 

Iklan

Pada usia 38 tahun, Fathia secara terbuka mengakui dia kini lebih selesa menjalani kehidupan yang relaks tanpa meletakkan perkahwinan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam hidupnya.

"Tapi kalau dah rupa nak sama macam kipas rumah, hentikanlah harapan nak (kahwin) itu," selorohnya.

Iklan

Di sebalik kenyataan yang melucukan itu, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini sebenarnya membawa mesej yang sangat mendalam. 

Bagi anak kelahiran Pulau Pinang ini, status perkahwinan langsung tidak menentukan kejayaan hidup seseorang kerana takrifan bahagia itu sangat luas.

"Saya cuba cari kebahagiaan dari arah lain pula kerana kahwin bukannya pengakhiran untuk dunia ini. Siapa yang setuju dengan saya?" soal anak sulung daripada empat beradik itu kepada para pengikutnya.

Rupa-rupanya, luahan jujur Fathia itu mendapat sokongan padu daripada netizen, terutamanya golongan wanita yang melalui fasa yang sama. 

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai pandangan positif yang bersetuju bahawa perkahwinan bukanlah satu-satunya penentu kebahagiaan.

Ada yang berpendapat, lebih baik fokus meningkatkan kualiti diri dan berserah kepada takdir daripada terus runsing memikirkan tentang jodoh.

"Saya berusia 31 tahun tahun ini dan tidak pernah dating atau ada teman lelaki sebelum ini. Jadi saya cuma lalui hidup ini seadanya. Saya tidak terlalu ralat fasal jodoh, tetapi kalau ada, saya terima. Kalau tiada, apa salahnya?" kongsi salah seorang netizen.

Malah, ada juga yang mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai garis masa hidup yang berbeza dan tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain.

"Saya berusia 43 tahun dan tidak pernah rasa rendah diri begitu. Kita boleh berhenti berfikir tentangnya, tetapi jodoh itu di tangan Allah, bukan kita. Fokus untuk tingkatkan kualiti hidup kita dahulu," tulis seorang lagi netizen memberikan semangat.

Melihat kepada realiti hari ini dengan lambakan kes rumah tangga yang toksik dan penceraian yang kerap berlaku, netizen bersetuju bahawa status 'single' adalah jauh lebih baik daripada terperangkap dalam perkahwinan yang menyiksakan emosi.

Kesimpulannya, tidak perlu ada istilah tertekan atau membandingkan diri dengan orang lain semata-mata kerana belum naik pelamin. 

Apa yang paling penting pada akhirnya adalah ketenangan jiwa, kesihatan mental yang baik, dan kebolehan untuk menghargai setiap detik perjalanan hidup sendiri.

Sumber: Threads