BEKAS pelakon, Sarah Hildebrand meletakkan jawatan sebagai anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Pelakon berdarah campuran Amerika, Jerman dan Melayu itu berkongsi menerusi laman sosial Instagram peletakan jawatan berkenaan dilakukan secara suka rela.
'Membuka lembaran baru untuk melihat apa yang menanti selepas ini adalah perasaan yang paling mengujakan di dunia.
"Bersyukur dengan segala kenangan, tetapi saya kini secara rasminya ‘off-duty’ dan kembali ke kehidupan sebagai orang awam.
"Rutin baru, matlamat baru, almari pakaian baru, dan (lembaran baru!," kongsinya
Sarah atau Nur Sarah Hildebrand Asyraf Hildebrand, 36, yang kini ibu kepada seorang cahaya mata terdahulu menyertai US Air Force pada tahun 2022.
Bekas pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air pada April tahun yang sama.
Sumber: Instagram