Buka cawangan ke-16 di Bangi, KESS cetus kelainan, bakal bawa pelanggan masuk kilang lihat emas diproses

Iklan

KALAU dahulu perkataan melabur emas ini kedengaran agak berat, sekarang persepsi itu sudah berubah apabila golongan muda pun sudah mula berebut-rebut mengumpul aset berkilau ini demi masa depan.

Fenomena inilah yang mendorong Kedai Emas Sri Semantan Sdn. Bhd. (KESS) untuk melebarkan sayap mereka dengan menyasarkan pembukaan antara 25 hingga 30 cawangan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, KESS turut memperluaskan rangkaian perniagaannya dengan membuka cawangan ke-16 di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah KESS, Shaaini Md. Jumaat, pemilihan Bandar Baru Bangi dibuat berdasarkan pertumbuhan populasi penduduk yang semakin pesat selain tahap kesedaran masyarakat di kawasan itu terhadap kepentingan emas sebagai aset simpanan jangka panjang.

Iklan

“Kesedaran masyarakat terhadap pembelian dan simpanan emas semakin baik. Ramai yang mula melihat emas bukan sekadar barang kemas, tetapi juga sebagai satu bentuk simpanan yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pembukaan cawangan baharu itu turut memudahkan pelanggan dari kawasan sekitar termasuk Seremban dan Melaka yang sebelum ini mendapatkan perkhidmatan di Shah Alam.

Majlis perasmian cawangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Mahmood dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah syarikat, Sharif Saman.

Apa yang menarik, trend pemilikan emas kini tidak lagi terhad kepada golongan tertentu. 

Semakin ramai individu muda, pasangan yang baru membina keluarga serta mereka yang merancang kewangan jangka panjang mula memasukkan emas sebagai sebahagian daripada strategi simpanan.

Fenomena itu juga seiring dengan peningkatan prestasi syarikat berkenaan yang mencatatkan pertumbuhan pendapatan lebih 60 peratus berbanding tahun lalu hasil pembukaan lebih 15 cawangan baharu dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Shaaini, sambutan pelanggan di setiap cawangan baharu yang dibuka amat menggalakkan dan menunjukkan minat masyarakat terhadap pemilikan emas terus berkembang.

Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat, KESS turut merancang membuka cawangan ke-17 di Kemaman, Terengganu pada penghujung bulan ini sebelum meneruskan pengembangan ke Sungai Petani, Kedah.

Pada masa sama, syarikat itu juga bakal memperkukuhkan kapasiti pengeluarannya menerusi sebuah kilang emas di Puncak Alam yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Ogos nanti.

Menariknya, kilang tersebut akan menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan apabila mereka berpeluang melihat sendiri proses pengeluaran emas secara terbuka, sekali gus memberi gambaran lebih jelas mengenai perjalanan sesuatu produk emas sebelum berada di pasaran.

Selain itu, komuniti pelanggan Sri Semantan Privilege Club (SSPC) kini menghimpunkan kira-kira 180,000 ahli. Melalui platform tersebut, pelanggan menikmati pelbagai ganjaran termasuk mata ganjaran dan baucar yang boleh ditebus untuk mendapatkan emas.

KESS turut menghargai kunjungan pelanggan dengan menawarkan potongan harga RM20 bagi setiap gram emas yang dibeli sempena pembukaan cawangan baharu tersebut, selain peluang keemasan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta.