3 tahun menanti, Hannah Delisha dedah kronologi pilu keguguran pertama - ‘Muka doktor berubah, jantung baby tiada...’

Iklan

PELAKON Hannah Delisha mengimbas kembali momen pilu ketika mengalami keguguran pada 2024.

Tidak pernah bercerita episod sedih itu kepada umum, aktres kelahiran Singapura berkenaan sebak kehilangan kandungan yang dinantikan selepas tiga tahun bernikah.

Iklan
Iklan

“Saya dapat tahu sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12, saya mendapat  tahu tiada denyutan jantung dan bayi keguguran.

“Pertama kali juga saya masuk hospital lama dan melalui pembedahan dillatation and curettage (D&C).

Iklan

"Ketika di hospital saya sangat down sebab siapa nak masuk hospital dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan.

Iklan

"Tambahan pula ia kali pertama saya ingin mendengar degupan jantung bayi dan kali kedua hadiri temu janji. Kami ketika itu teruja ,” katanya menerusi sebuah audio siar.

Pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu juga sempat mengimbas kembali situasi doktor yang merawatnya kelihatan terkejut.

"Nampaklah muka doktor tu. Dia panggil seorang nurse datang untuk double confirm, betul tak apa yang dia nampak ni.

"Doktor cakap, Hana, Imam minta maaf sangat. (Degupan) jantung bayi tiada," tuturnya dengan mata yang berkaca.

Ujar Hannah, episod kehilangan kandungan pertama itu merupakan momen yang menyentuh emosi suami tercinta, Imam Shah.

"Nampak dia down sangat masa tu. Bukan perempuan sahaja down, lelaki pun sama juga. But nobody cares about lelaki. Selalunya orang kisah mengenai perempuan sahaja.

"Tapi lelaki, mereka terpaksa untuk jadi kuat. Satu benda yang buat saya bertambah sayang kepada Imam. Nampak sedih tetapi dia tidak mahu tunjuk," kongsinya.

Ujar Hannah, suaminya itu memohon maaf atas apa yang terjadi.

"Tapi for some reason dia minta maaf juga. Saya bertanya kenapa, no need to say sorry. Benda sudah jadi, kan," kongsinya.

Hannah terdahulu berkongsi telah mengalami keguguran pada 17 Mac 2021 menerusi laman sosial X.

Pasangan selebriti itu terdahulu berkahwin pada 18 Februari 2021.

Sumber: Instagram HLive