"ALLAHYARHAM Nadia Kesuma kerap terlibat dalam pelbagai acara dan program Seniman dan sangat aktif dalam berpersatuan. Pemergian beliau ke negeri abadi adalah satu kehilangan besar buat warga industri seni tanah air."
Demikian perkongsian Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah yang menziarahi ke pusara Allahyarham di Jeddah pada 18 Jun lalu.
Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan kunjungan tersebut sebagai tanggungjawab moral dan tanda apresiasi tertinggi terhadap dedikasi yang telah dicurahkan oleh Allahyarham.
Artikel berkaitan:
- Suami arwah Nadia Kesuma perbetul maklumat tidak benar, teori mengelirukan. 'Tiada mesej bertulis I met stranger, video CCTV tak wujud'
- 'Ini tempat istirahat baharumu sayang' - Pengebumian Nadia Kesuma selesai, hantaran suami undang air mata, lebih 500 orang hadir solat jenazah
"Saya mewakili kepimpinan tertinggi Seniman, barisan exco dan seluruh ahli hadir ke Tanah Perkuburan Dhahban Jeddah, Arab Saudi adalah sebagai tanda ingatan serta penghormatan Seniman terhadap segala usaha dan pengorbanan arwah bersama Seniman selama ini," kongsinya.
Terdahulu, Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim hilang pada 15 Januari 2026 selepas didapati meninggal dunia akibat sakit jantung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah. Pemergian Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.