TAHNIAH diucapkan buat pelakon tampan Ikmal Amry yang selamat menimang anak ketiganya pada Jumaat.
Berkongsi berita gembira di Instagram, pelakon Tarung: Unforgiven itu mengucapkan syukur menerima kehadiran orang baharu dalam keluarg.
“Secara rasminya saya menjadi bapa kepada tiga cahaya mata. Alhamdulillah atas rahmat ini. Salam Jumaat 26626,” kongsinya.
Warganet termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Ikmal dan isteri atas kelahiran si kecil.
Iklan
"Congratulations ikmal masya-ALLAH," titip pereka fesyen Hatta Dolmat.
Iklan
"Alhamdulillah congratulations korang," kongsi Eyra Hazali.
"MashaAllah congratulations @najlxsam & @ikmalamry," tulis Elisya Sandha.
Sekadar info, Ikmal dan isterinya Najla Shamsul berkahwin pada 10 Disember 2020.