Perkahwinan 23 tahun kekal harmoni, Liza Hanim kongsi rahsia jadi ‘air’ saat suami jadi ‘api’. 'Jangan sampai jadi arang...'

Iklan

KELUARGA bahagia penyanyi Liza Hanim sering menjadi perhatian. Meniti usia perkahwinan yang kini mencecah 23 tahun dengan lima cahaya mata, mahligai cinta dibina dengan anggota kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Shamsudin atau lebih mesra disapa Shah kekal harmoni dan jauh daripada gosip liar.

Menjangkau usia perkahwinan lebih dua dekad, Liza yang mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003 mengakui bahawa melayari bahtera rumah tangga bukanlah satu perjalanan yang mudah tanpa toleransi. 

Iklan
Iklan

"Perkahwinan ini, walau macam mana pun, kita kena sentiasa ingat... bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, kan? Akan ada pasang surutnya dalam perkahwinan. Jadi, apa yang saya belajar adalah apabila ada api, kena ada air."

"Kita tak boleh api dengan api. Selalunya bila api dengan api itulah yang akan membawa kepada kehancuran sehingga jadi arang. Kita tak nak jadi macam tu," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu juga berpegang tiada istilah kalah atau jatuh maruah sekiranya salah seorang pasangan memilih untuk beralah demi kebaikan bersama.

Iklan

Tambahnya lagi, penting bagi suami atau isteri menerima apa jua sifat dan sikap pasangan seperti awal ijab dan kabul.

"Kita kena sentiasa ada yang mengalah. Tak salah kalau mengalah.

"Dan suami isteri perlu sentiasa menerima diri masing-masing seadanya. Macam mana kita menerima pasangan kita di awal perkahwinan, seperti itulah kita juga harus menerimanya sampai bila-bila," ujarnya.

Tidak menolak keruntuhan rumah tangga banyak berlaku pada lima tahun pertama, pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim mengakui ia adalah fasa-fasa untuk untuk saling mengenali hati budi pasangan dengan lebih mendalam apabila mula hidup sebumbung.

"Lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling genting. Kalau pun sudah berkenalan dengan pasangan kita sebelum tu lima tahun, namun apabila berkahwin situasinya berlainan. 

"Kerana kita duduk serumah, kita akan nampak segala-galanya. Dan lima tahun pertama itulah yang paling crucial dan kita kena banyak bersabar.

"Rancang masa depan bersama dan dugaan daripada ALLAH juga akan hadir pada lima tahun pertama itu.

"Jadi, banyakkan bersabar, itu sangat-sangat penting dan sentiasa ingat bahawa kita berkahwin adalah kerana ALLAH," kongsinya.

Untuk rekod, Liza Hanim mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin atau Shah pada 6 Julai 2003 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata termasuk penyanyi Marsya Qistina.