PELAKON Nad Zainal selamat melahirkan anak keempatnya pada 9.41 pagi Rabu.
Suaminya, pelakon dan pengarah Ungku Ismail berkongsi khabar gembira itu di laman sosial Instagram.
Masya-ALLAH, tabarakallah. Isteri saya selamatkan anak kami pada jam 9.41 pagi tadi.
"Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa yang baik," kongsinya di Instagram.
Terdahulu, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin itu dilihat berkongsi Insta Story berada di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Artikel penuh:
- 'Saya tak buncit, saya pregnant...' Nad Zainal umum hamil anak keempat
- 'Kalau duit kahwin pun perempuan kena sediakan...' - Nad Zainal tak pernah tanya pendapatan suami, Ungku Ismail tetap provider 100%
Sekadar info, Nad Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023.
Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puteh Al Maajid yang kini berusia dua tahun.
Nad memiliki dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5, daripada perkahwinan pertamanya.
Sumber: Instagram