SEJAK akhir-akhir ini, desas-desus menyatakan selebriti serta usahawan, Neelofa sedang berbadan dua kembali bertiup kencang.
Malah, 'mata tajam' netizen seolah-olah dapat menangkap perubahan fizikal pada figura popular ini.
Segalanya bermula apabila isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu memuat naik satu hantaran video di Instagram bagi mempromosikan koleksi hijab terbaharu daripada jenamanya, Naelofar.
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian warga maya bukanlah rekaan tudung tersebut semata-mata, melainkan gaya pemakaian dan fizikal Neelofa sendiri.
Rata-rata pengikut menyedari usahawan itu kelihatan sedikit kepenatan.
Apatah lagi tuan punya badan turut berseloroh dengan meninggalkan komen,"Mengahnya Puan Neelofa pun."
Hantaran tersebut seolah-olah menguatkan lagi spekulasi bahawa dia kini sedang melalui fasa awal atau pertengahan kehamilan.
Ruangan komen terus dihujani dengan doa-doa yang baik, malah ramai yang berharap agar pasangan tersebut dikurniakan rezeki menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.
"Nampak sangat mengahnya itu.
"Baby bump."
"Semoga dapat anak perempuan kali ini, amin."
"Syukur Alhamdulillaah...Baby bump..."
Sebelum video promosi tudung itu tular, spekulasi hamil anak ketiga ini sebenarnya sudah mula dihidu peminat tegar beliau.
Ia susulan sekeping foto yang memaparkan Neelofa mempromosikan produk susu pisangnya dalam persalinan kasual.
Biarpun berpakaian longgar, netizen mendakwa bentuk baby bump sudah jelas kelihatan.
Pun demikian, sehingga kini baik Neelofa mahupun suaminya, PU Riz, keduanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan mengenai berita gembira tersebut.
Pasangan berkenaan sememangnya terkenal dengan pendekatan untuk tidak terlalu terburu-buru berkongsi berita kehamilan sehinggalah tiba waktu yang dirasakan sesuai.
Sebagai info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang comel, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.