Hadiah birthday dan anniversary paling indah, Cat Farish terharu Shikin Maembong kini berhijab

Iklan

PENYANYI Cat Farish menerima hadiah paling istimewa daripada isterinya, Shikin Maembong, yang mengambil keputusan untuk mula berhijab sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-52.

Shikin menerusi hantaran di laman Instagram memuat naik foto terbaharu yang anggun bertudung berserta kapsyen bermakna yang ditujukan khas buat pemilik nama sebenar Farish Ramli itu.

Iklan
Iklan

"Hadiah birthday suami, agak-agak abang @catfarish suka tak? Bismillah," titip Shikin ringkas namun penuh makna.

Penghijrahan tersebut dirasakan lebih bermakna kerana ia berlaku hanya beberapa hari selepas mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga pada 13 Julai lalu.

Iklan

Sementara itu, Cat Farish menerusi ruangan komen kelihatan begitu terharu dan menyambut baik perubahan Shikin.

Iklan

"My birthday and anniversary present," komen Cat berserta dua emoji hati sebagai tanda kesyukuran.

Terdahulu, Shikin turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, menzahirkan rasa syukur atas jodoh yang berkekalan.

Perkahwinan yang dibina pada Julai 2023 ini menyatukan sebuah keluarga bahagia dengan kehadiran empat orang cahaya mata. 

Mereka terdiri daripada tiga orang anak hasil perkahwinan Cat terdahulu dan seorang anak daripada perkahwinan Shikin bersama bekas suaminya, Chef Riz.

Sumber: Instagram