GENAP usia dua bulan, Eyka Farhana berkongsi foto anak sulungnya Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.
Memuat naik foto si kecil, pelakon Ema Emyliana itu berkongsi coretan penuh kasih sayang buat putera tersayang, Luay.
"Masya-ALLAH tabarakallah, tengoklah siapa yang sudah masuk usia dua bulan hari ini!
"Gambar ini diambil masa awak berumur sebulan dan hari ini awak secara rasminya dah dua bulan. Cepat betul masa berlalu.
"Selamat ulang tahun dua bulan Luay kesayangan mama. Mama sayang awak selama-lamanya," titip Eyka.
Sementara itu, suami Eyka, Akhyar Rashid turut berkongsi foto yang sama dengan kapsyen yang menyentuh hati.
"Anugerah terbesar kami. Kenalkan, Luay," titipnya.
Eyka terdahulu melahirkan Muhammad Luay pada 16 Mei. Dia dan Akhyar yang juga pemain sayap lincah Terengganu FC berkahwin pada pada 2 Mei 2025.
Sumber: Instagram