Siti Nurhaliza terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media

Iklan

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang seni kreatif dan media dari Sunway University.

Penganugerahan itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi Ssarikat rakaman miliknya, SN Legacy pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada Presiden SN Legacy, Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas penerimaan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang seni kreatif dan media dari Sunway University.

"Pengiktirafan ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni Siti Nurhaliza seorang tetapi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air. 

Iklan

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University di atas penghormatan yang cukup bermakna ini," titipnya.

Iklan

Sementara itu, institusi pengajian tinggi berkenaan menyifatkan pengiktirafan berkenaan susulan sumbangan Siti Nurhaliza yang menberi inspirasi.

Tahniah kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza Taruddin atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) daripada Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Sunway, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang dan perjalanan inspirasi beliau dalam industri seni dan kreatif," titipnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Siti Nurhaliza yang anggun menggayakan baju kurung moden berwarna biru muda menerima skrol daripada pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Sumber: Instagram