Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia selepas lapan tahun berjuang dengan penyakit autoimun

Iklan

PELAKON Lydia Ibtisam yang kritikal akibat menghidap penyakit autoimun meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di ibu negara, hari ini.

Berita duka itu dikongsikan aktres Mimi Ernida menerusi satu hantaran di Instagram.

Iklan
Iklan

"Assalammualaikum, Nur Ibtisam Binti Abdul Wahab (Lydia Ibtisam), 46, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al- Fatihah," titip Mimi.

Iklan

Allahyarham terdahulu dilaporkan kritikal apabila penyakit autoimun berkenaan sudah menyerang buah pinggang termasuk ada virus dalam perut, paru-paru dan darah.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elliza Razak menerusi satu hantaran Instagram berkongsi aktres era 2000-an itu menghidap penyakit autoimun sejak lapan tahun lalu.

Iklan

Sumber: Instagram