'Sudah sebesar separuh epal...' Puteri Balqis kongsi berita duka ibu diserang cyst berulang

Iklan

PELAKON Puteri Balqis menerusi hantaran di media sosial berkongsi khabar duka mengenai keadaan kesihatan ibunya yang kini kembali berdepan dengan masalah cyst.

Puteri Balqis Azizi, 19, atau mesra disapa Aqish mendedahkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengalami masalah berkenaan berulang kali dalam tempoh masa yang terdekat.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, bintang KL Special Force tersebut turut meminta petua dan pandangan daripada orang ramai.

Iklan

"Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tidak boleh berjalan langsung.

"Cyst sudah sebesar separuh buah epal. Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak. Apabila sakit semula, sunyi bila balik rumah.

Iklan

"Kalau anda ada pengalaman atau tips, boleh kongsikan dengan Aqish ya," titipnya.

Dalam masa yang sama, Aqish turut memaklumkan Norashikin mengalami  kecelaruan tekanan pasca trauma  atau PTSD yang agak serius baru-baru ini.

Artikel penuh:

"PTSD mommy agak teruk seminggu sebelum kena cyst tapi tiada kena mengena rasanya.

"Terima kasih apak tak tidur siang malam jaga isteri. Besar jasa apak. Terima kasih Didi ambil alih kerja apak buat sementara. Kami sayang mommy dan apak," tambah Aqish lagi.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berkongsi pelbagai petua dan saranan pemakanan buat Norashikin, selain tidak ketinggalan mendoakan agar wanita itu diberikan kesembuhan segera.

Rata-rata netizen menasihatkan agar ibunya mengamalkan pemakanan berasaskan bahan semula jadi dan mengelakkan makanan berproses, gula dan produk tenusu.

"Jaga makan mummy tau Qish, kena real food semua, no sugar, no ayam biasa. Only ayam kampung atau organik, no tenusu juga. Cepat sihat dan kuat Kak Ekin," tulis seorang pengguna.

"Petua saya, avoid makanan yang diproses, disuntik, atau dalam tin. Banyakkan makan sayur, buah, dan ikan organik. Boleh juga cuba puasa serta ambil suplemen biji aprikot dan kunyit dalam bentuk kapsul, insya-ALLAH," tambah seorang lagi warga maya.

Sesetengah pengikut turut menyarankan agar ibunya mengelakkan makanan berasaskan soya dan ayam ternakan biasa kerana dikhuatiri mengandungi hormon tumbesaran yang boleh memicu pembesaran cyst.