Tahniah! Puteri Balqis selamat bertunang
PELAKON Puteri Balqis menerusi hantaran di media sosial berkongsi foto majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Didi.
Dalam masa yang sama, pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 18, itu turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
Pelakon yang pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu kelihatan anggun mengenakan busana serba putih ketika disarungkan cincin oleh wakil keluarga pihak lelaki.

Tidak berkongsi tarikh majlis berkenaan, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menitipkan sebuah puisi indah yang berjudul Surat Dari Ibuku, Kafziel yang ditulis pada 12 Ogos.

Aku lahir daripada duka,
Kau dewasa bersama luka,
Maka andai derita menjadi pusaka,
Maka tenanglah,
Pabila kau berjalan bersama kecewa.
Moga kau mampu menggantikan kesedihan dengan kelembutan,
Moga jiwamu yang mati,
Diganti dengan keadilan,
ketenangan abadi.
Andai cinta dan pengorbanan,
adalah wasiat terakhir buatmu,
Maka berlarilah mengejarnya,
Belajarlah dari beban
yang ditinggalkan oleh rantai waktu.
Moga kau mampu menggantikan pengkhianatan dengan kesetiaan,
Moga ukiran sejuta janji
diganti seindah sarungan imaginasi.

Andai kejatuhan dan kegagalan
adalah warisan dariku,
Maka peluklah, rawatlah kalbumu.
Moga setiap penantian
diganti dengan kemenangan,
tiada tolok tandingan.
Moga setiap tangisan, raunganmu
di sepertiga malam
diganti dengan cinta paling dalam.
Moga setiap luluh langkah
bersaksi hanya langit dan bulan merah,
setiap jatuh, gugur tubuhmu
berpaksi hanya bumi,
Diganti dengan sahabat sejati
sebagai teman penghuni.
Terdahulu, Puteri Balqis memaklumkan telah bertunang dengan Didi dan menjelaskan bahawa ibunya mengalami masalah berkaitan mental.
Namun pelakon remaja itu bersyukur kerana keluarga tunangnya memahami keadaan itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
