BEKAS suami pelakon dan model Zahnita Wilson mendedahkan telah menerima hak penjagaan empat anak kepadanya pada April lalu.
Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, ia telah diputuskan mereka selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memihak selepas Zahnita secara rela hati menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada dirinya tanpa sebarang paksaan.
Memetik mStar, Zackery dilaporkan memberitahu bahawa Zahnita meninggalkan anak-anak kepadanya ketika sambutan Aidilfitri sebelum mengambil keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya.
“Dia sendiri yang rela hati menyerahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak pada saya semasa Aidilfitri.
“Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya.
“Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya,” katanya.
Ahli perniagaan itu mengambil keputusan untuk memberi penjelasan keadaan sebenar supaya mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing. Malah Zachery tidak bertujuan mengaibkan mahupun mencari publisiti.
“Sebenarnya saya sudah dapat keputusan ini sejak April lagi. Memandangkan ramai yang asyik bertanya mengenai hubungan dan status, jadi saya buat hantaran untuk jelaskan kepada semua. Masing-masing sudah move on.
Sekadar info, Zackery dan Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.
Dua dekad berkongsi hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4.
Sumber: mStar