'Welcome to the world Aisa Zaina.' Shiera, Jatt Ali timang cucu kedua

Iklan

PENYAMPAI radio Shiera Al-Khaired dan bekas suami, Jatt Ali selamat menyambut cucu keduanya pada Isnin lalu.

Shiera menerusi Instagram berkongsi momen anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi 3 Ogos lalu di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Jatt pula tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja dengan kelahiran cucu yang diberi nama Aisa Zaina.

Iklan

"Alhamdulillah anak saya Allisya baru melahirkan anaknya keduanya pada pagi 3 Ogos 2026.

Iklan

"Syukur sangat bertambah lagi cucu kami. Welcome to the world Aisa Zaina!" titipnya di Facebook.

Allisya terdahulu memiliki anak sulung bernama Anya Zaima yang kini berusia tiga tahun.

Allisya adalah anak hasil perkahwinan pertama Shiera dengan penyanyi Black Dog Bone itu, manakala bersama Ijoy, Shiera itu dikurniakan empat anak iaitu Airel, 22; Airra,19; Audra,17; dan Adeena, 10.