'Saya terhutang budi' - Raih RM3.5 juta satu malam, sambal bilis Khairul Aming cipta fenomena, catat 5 rekod baharu!

Iklan

KHAIRUL Aming sekali lagi mencipta kejutan apabila produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis mencatat jualan sebanyak RM2 juta hanya dalam masa 1 minit 51 saat pada Jumaat.

Khairul Aming yang ringkasnya dipanggil KA meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas sambutan luar biasa daripada orang ramai yang menyaksikan sesi siaran langsung pelancaran berkenaan di platform TikTok Shop.

Iklan
Iklan

Menerusi sesi live tersebut, KA berkongsi kejayaan itu yang bukan sahaja melicinkan jutaan unit stok dalam sekelip mata, malah berjaya memecahkan lima rekod utama perniagaan e-dagang di Malaysia.

"Okay nak bagi tahu live stream kita malam ni, kita pecahkan lima rekod sebenarnya. Rekod pertama, kita capai jualan RM2 juta terpantas dalam masa 1 minit 51 saat!

Iklan

"Rekod yang kedua kita pecahkan malam ni, kita dapat total viewers tertinggi dalam sejarah dekat TikTok Shop iaitu seramai 388,000 orang.

"Dan rekod yang ketiga, kita berjaya capai jualan tertinggi dalam single live stream sebanyak RM3.5 juta!"

Iklan

"Rekod keempat, kita telah pun masuk officially, adakah ini yang pertama? Okay, Alhamdulillah kita dah jadi yang pertama hari ini dalam Malaysia officially masuk 3 Million Club TikTok Shop Malaysia!"

"Dan rekod kelima, hari ini telah menjadi product launch pertama yang dilangsungkan di titik tertinggi di Malaysia iaitu di Puncak Merdeka 118!"

"So, dengan lafaz Bismillah, Alhamdulillah hari ini kita berjaya capai jualan RM3.5 juta! Terima kasih!" kongsinya.

Pemilik nama Khairul Amin Kamaruzzaman itu menitipkan ucapan penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong produk lokal.

"Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada produk tempatan kita. KA terhutang budi dengan anda semua. From the bottom of my heart, thank you," titinya di Instagram.

Terdahulu, usahawan berasal dari Kota Bharu itu membuat peraduan dan memilih lima pembeli terpantas yang memenangi percutian percuma ke Dolomites, Itali dengan ditaja penuh.

Pencapaian luar biasa Khairul Aming ini bukan sekadar tentang angka jualan atau rekod yang dipecahkan, tetapi menjadi bukti jelas bahawa produk tempatan mampu berdiri teguh dan menguasai pasaran sendiri.

Kejayaan ini diharap dapat terus menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada anak tempatan dan usahawan muda di luar sana untuk terus berani berimpian besar.