PELAKON popular, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan, pada Ahad.
Khabar gembira kehadiran ahli keluarga baharu tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran ringkas di media sosialnya.
Intan turut memuat naik sekeping gambar bersama si kecil itu dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman
Iklan
Kelahiran Imane Laudya tentunya akan menceriakan lagi rumah tangga Intan.
Untuk rekod, Intan dan suami mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan telah dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Imane Lunara yang kini berusia setahun lapan bulan.
Iklan