Eyka Farhana kongsi fasa bergelar ibu, puji Akhyar rajin bangun malam jaga Luay – ‘Bukan mudah, tapi the best feeling ever’

Iklan

FASA baharu dalam kehidupan pelakon popular, Eyka Farhana ternyata

membuka dimensi berbeza apabila dia kini rasmi bergelar ibu.

Eyka dan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, selamat menyambut kelahiran anak sulung lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Luay Khayr pada 16 Mei 2026.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025 itu kini melangkah ke fasa keibubapaan dengan penuh rasa syukur.

Menelusuri pengalaman sepanjang tempoh peralihan ini, Eyka menyifatkan tanggungjawab menggalas status sebagai ibu bukanlah satu tugas yang mudah, namun ia merupakan pengalaman paling indah yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Iklan

"Alhamdulillah, saya rasa untuk menjadi seorang mak itu it's not easy. Bila saya dapat melahirkan itu baru saya tahu oh besar sebenarnya pengorbanan seorang ibu ini.

"Dalam masa yang sama, saya rasa the best feeling ever yang saya tak pernah dapat. Setakat ini Luay sudah pandai angkat kepala dia, dah boleh gelak-gelak dan dah boleh macam kita ajak gurau-gurau. Alhamdulillah perkembangan dia okey," kongsinya penuh gembira.

Iklan

MENJADI  SEORANG  IBU

Mengimbas kembali detik awal kelahiran anak lelakinya itu, Eyka mengakui fasa satu hingga dua minggu pertama agak mencabar terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan rutin penyusuan dan menguruskan anak pada waktu malam.

Bagaimanapun, sokongan padu daripada keluarga terdekat banyak mempermudahkan urusan harian.

"First satu dua minggu bagi saya bukanlah sangat sukar, tapi untuk kita nak menjadi seorang ibu itu macam mana kita nak menyusu, jaga dia tengah malam. But luckily I got my mom, saya ada my husband juga, my sister yang always jaga dia.

"Walaupun sekarang ini baby kadang-kadang pukul dua tiga pagi dia dah bangun, saya dah used to it dan dah tahu untuk budget masa tidur," jelasnya yang kini semakin tenang dan selesa menguruskan rutin harian.

Menyentuh mengenai peranan Akhyar Rashid selepas bergelar ayah, Eyka atau nama sebenarnya,Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, menzahirkan rasa bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat bertolak ansur dan prihatin.

PERUBAHAN  KARAKTER  SUAMI

Kongsi wanita kecil molek itu lagi, dia melihat perubahan karakter suami kesayangannya itu yang semakin matang dan amat teliti dalam urusan penjagaan anak mereka.

"Alhamdulillah okey. Saya rasa Akhyar before this memang dia matang, tapi bila jadi seorang ayah, dia lebih matang dan juga sangat particular pasal baby.

"I'm so lucky to have you, Akhyar. Sebab kadang-kadang malam-malam kita tak larat nak bangun, dia akan bangun untuk jaga baby walaupun saya tahu dia ada training pagi.

"Benda itu saya rasa sangat membantu dan saya hargai. Bila kita ada partner yang always okey dan tolerate dengan kita, itu akan memudahkan saya untuk jadi seorang ibu," puji Eyka terhadap kesungguhan suaminya.

Mengenai kerjaya seni pula, rasa rindu untuk kembali beraksi di depan kamera dan bergelut di set penggambaran sememangnya tidak dapat disembunyikan. Pun begitu, pelakon filem Polis Evo 3 itu kini lebih selektif dalam memilih tawaran demi memprioritaskan masa bersama anak tersayang.

"Saya memang rindu nak bekerja, nak shooting, back on set dan semuanya. Tapi sekarang ini untuk shooting yang dalam duration sebulan dua maksudnya okey, contohnya kalau ada opportunity untuk buat drama pendek atau movie.

"Kalau more than three months macam episod panjang itu, mungkin saya akan berehat buat seketika," tambahnya lagi.