Bapa penyanyi Farhan Azizan meninggal dunia

Iklan

PENYANYI Farhan Azizan berkongsi berita duka pemergian bapanya, Azizan Mohd Khir, 66, pada petang Selasa.

Khabar sedih itu dikongsi Farhan menerusi satu hantaran di Thread.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum semua. Dukacita dimaklumkan ayah saya, Azizan bin Mohd Khir (Pak Teh None) baru sahaja meninggal dunia di Sungai Petani petang tadi.

"Mohon semua sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," titipnya.

Iklan

Warganet termasuk rakan selebriti turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat Farhan dan keluarga.

Sumber:Thread

Iklan