‘Proud is an understatement’ – Nabil Mahir luah rasa bangga, imbas perjalanan Ayda Jebat sejak kecil hingga menerima Bintang Cemerlang Melaka

Iklan

NABIL Mahir yang merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, meluahkan rasa bangga dan terharu selepas isterinya menerima pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nabil menyifatkan pengiktirafan itu sebagai detik cukup bermakna, lebih-lebih lagi apabila ratu hatinya itu sejak kecil sudah membuat persembahan di majlis-majlis rasmi Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Iklan
Iklan

Menurut Nabil, dia sendiri tidak pernah menyangka individu yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan isteri kesayangannya sejak kecil akhirnya menjadi insan yang menyampaikan pingat tersebut kepada Ayda.

“Sejak kecil Ayda dah menyanyi di majlis-majlis rasmi Tuan Yang Terutama, sampailah ke beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan

"Never would we have imagined that one day, orang yang sama akan menyampaikan a medal to her. Truly a full circle moment,” katanya.

Lebih daripada sekadar pengiktirafan, Nabil melihat pencapaian tersebut sebagai hasil daripada kerja keras, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan ibu kepada tiga cahaya mata mereka dalam setiap perkara yang dilakukan sepanjang perjalanan seninya.

Iklan

Sebagai suami, Nabil mengakui dirinya sendiri menjadi saksi kepada segala usaha Ayda dalam membina kerjaya dan terus berkarya dalam industri hiburan.

“Sayang, I’m so, so proud of you. I’ve seen the hard work, sacrifices, and love you’ve poured into everything you do. This recognition is so well deserved," ungkapnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Nabil turut menitipkan doa agar perjalanan isterinya selepas ini terus dipermudahkan, selain dikurniakan lebih banyak kejayaan yang membawa manfaat.

Dia juga tidak berselindung mengakui betapa besar rasa bangganya terhadap Ayda.

“Proud is an understatement. I love you.”

Untuk rekod, Ayda menerima BCM sempena ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, sekali gus menambah satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjaya seni yang dibina sejak usia muda.

Menariknya, kisah tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Ayda menerusi ruangan komen.

Antaranya, penyanyi dan pengacara Alif Satar yang menulis, “Masya-ALLAH tabarakallahTahniah Ayda!”

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pula berkongsi kegembiraannya dengan meninggalkan komen, “Awwwwww congratssss Ayda!!!!”

Tidak kurang juga warga maya yang turut tumpang bangga dengan pengiktirafan diterima Ayda.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Lepas ni kena panggil Datin Seri ke?”

“Congrats Ayda!!!!! Kami tumpang bangga.”

“AlhamdulillahTahniah Kakak AJ! Such a sweet moment.”

“Masya-ALLAH tabarakallah, alhamdulillah AJ.”

“Tahniah sis @aydajebat segala doa untuk mu. Semoga itu ini ya.”

Seorang lagi warga maya turut menitipkan kata-kata semangat buat Ayda dengan menyifatkan pencapaian tersebut sebagai sesuatu yang sememangnya layak diterimanya.

“Congratulations sayang! Like your Dada said - so well deserved indeed! Continue to shine, like you always do!”

Bagi Nabil, pengiktirafan yang diterima isterinya itu bukan sekadar satu pencapaian peribadi, sebaliknya turut menjadi momen yang cukup dekat di hati selepas melihat sendiri perjalanan wanita tersebut sejak kecil hingga berjaya berada di tahap hari ini.