Reza Rahadian ambil masa 2 bulan terima ‘lamaran’ Erma Fatima. 'Ibu Christine kata saya perlu pegang watak ini'

Iklan

KEPUTUSAN bintang prolifik Indonesia, Reza Rahadian, untuk menerima tawaran membintangi filem terbaharu arahan pengarah tersohor Erma Fatima, Langit 2 Warna, bukanlah satu proses yang mudah.

Meskipun dikenali sebagai aktor gred A yang sentiasa menjadi buruan para pengarah, pemilik nama penuh Reza Rahadian Matulessy ini mengakui mengambil masa sehingga dua bulan sebelum berani memberikan kata putus untuk memegang watak Salafi.

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai penangguhan jawapan tersebut, pelakon berdarah kacukan Iran berusia 39 tahun itu menjelaskan, faktor jadual yang padat serta bebanan emosi naskhah tersebut menjadi pendorong utama dia berfikir panjang.

"Jadi pertanyaannya soal apa yang membuat saya akhirnya menerima project ini, pertama kerana pasti ceritanya yang menarik.

Iklan

"Cerita yang belum pernah saya dapatkan sebelumnya, baik khususnya di Indonesia. Dan ketika Kak Erma Fatima datang membawa cerita ini, saya perlukan waktu untuk membaca dan menghayati kerana campuran bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Jadi mungkin itu punca saya perlukan waktu lebih Panjang," ujarnya.

Iklan

Kongsinya lagi, dia juga mahu diri benar-benar bersedia sebelum memberi kata putus.

"Jadi, itu sudah cukup menjadi satu alasan untuk saya menerima projek ini.

"Dan, ya, ia mengambil sedikit masa untuk saya membalas pesanan Kak Erma. Kerana saya perlu memastikan yang saya betul-betul bersedia, terutamanya dari segi fizikal," tuturnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai mengambil masa lama untuk memberi jawapan, aktor berusia 39 tahun itu ia disebabkan komitmen.

Tambah Aktor Terbaik Festival Filem Indonesia ke-58 ini, babak dan dialog filem ini sarat dengan mesej tersirat (subtext) yang memerlukan pendalaman watak secara teliti.

"Saya rasa pertama sekali, mestilah ia ada kaitan dengan jadual kerana saya masih jalankan penggambaran satu filem di Jakarta sehingga akhir bulan ini.

"Saya cuma agak bimbang tentang proses pembacaan skrip  dan segala hal selepas itu. Sebab pada awalnya, mereka merancang untuk jalankan penggambaran filem ini pada bulan September, tetapi kemudian ditunda ke bulan November. Baru saya rasa saya ada sedikit masa.

"Lagipun, saya masih ada satu lagi urusan dengan skrip saya sendiri yang sedang saya tulis ketika ini, jadi keadaan agak bercelaru sikit di sana sini," kongsi aktor kegemaran ramai itu.

Pada masa sama, dia mengakui naskhah tersebut juga antara yang cukup mencabar sepanjang kariernya.

"Jadi saya cuba untuk berfikir agak lebih lama untuk memastikan bahawa, kalau saya katakan 'ya', saya betul-betul maksudkannya.

"Dan itu adalah salah satu sebabnya. Apabila anda membaca skrip tersebut, ia banyak menyentuh tentang... bagaimana agama berdiri untuk manusia juga. Dan itu agak sukar untuk digali lebih dalam, seperti mesej tersirat di dalam dialog dan babak-babak, jadi ia agak mencabar. Ya, memang mencabar.

"Saya tak boleh kata ini perkara paling sukar yang pernah saya buat sepanjang kerjaya saya, tetapi ia memang sangat mencabar," tuturnya.

Menariknya, Reza mendedahkan insan penting yang meyakinkan dirinya untuk menerima projek gergasi ini ialah primadona filem Indonesia, Christine Hakim, figura yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

"Saya bertuah kerana Ibu Christine meyakinkan saya,  'Awak kena ambil projek ini.' Sebab saya juga perlukan pandangan.

"And thanks to Ibu Christine, on... on this project, this film kerana because I always believe in her intuition about projects, about story, dan perihal filem ini menyentuh banyak wilayah tentang prinsip, ideologi, cinta," tambahnya lagi.

Foto: Instagram Erma Fatima

"Saya banyak mendengar tentang dia membaca sedikit sejarah latar belakangnya. Saya beritahu dia semasa proses pembacaan skrip hari ini. Saya katakan, 'Ya Tuhan, saya cuma mahu kata betapa hebatnya anda sebagai pelakon dan cara anda menyampaikan semua dialog sangat memukau. Saya rasa berbesar hati dapat berlakon di samping anda.' Saya rasa dia memang gred A dan terbaik," puji Reza.

Mengenai harapan dan tekanan penonton, Reza memilih untuk menyerahkan segalanya kepada kerja keras dan takdir.

"Jadi, menguruskan jangkaan tersebut, dan Bismillah. Saya harap saya dapat peluang untuk membuat yang terbaik untuk memastikan melaksanakan apa yang ditugaskan. 

'Harapan saya agar ia akan jadi sesuatu yang memang anda semua cari," luahnya.

Selain Reza,  Langit 2 Warna turut diterajui pelakon hebat  iaitu  Ummi Nazeera, Christine Hakim, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Dr Rosdeen Suboh, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Zizi Kirana, Ismail Yaacob dan Sharifah Aryana. 

Penggambaran Langit 2 Warna dijadualkan bermula pada November dan Disember 2026, berlokasi di empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Mesir, dan Arab Saudi.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd dengan  Datin Seri Dr Rosmariza Che Umar sebagai penerbit bersama, Langit 2 Warna adalah karya Erma Fatima selepas hampir 10 tahun menyepi daripada pengarahan layar perak.