BAKAL berjauhan dengan suami dan anak-anak demi komitmen penggambaran filem Langit 2 Warna bukan pengorbanan kecil buat pelakon versatil, Umi Nazeera.
Namun, selepas sekian lama menumpukan masa kepada keluarga, pelakon berusia 34 tahun itu menganggap sudah tiba masanya untuk kembali memberikan sepenuh perhatian kepada dunia seni.
Lebih menarik, Umi bukan sekadar menerima tawaran tersebut, sebaliknya sanggup melalui proses uji bakat sebelum yakin untuk menggalas watak yang dianggap mampu memberi impak kepada penonton.
Bagi Umi, keputusan memilih sesebuah naskhah bukan dibuat secara sambil lewa, apatah lagi apabila penggambaran bakal mengambil masa dan memerlukan dia berjauhan dengan keluarga.
"Lepas dapat, walaupun saya tak tahu sangat pasal cerita ini dan pelakon-pelakonnya.
"Dan mama baca dan saya cuba lakonkan. Semasa saya buat scene itu dan masa casting, saya rasa scene itu seperti 'pecahkan' saya.
"Scene itu memang sangat sedih. So, walaupun saya tak tahu full scene, saya baca scene itu pun rasa sedih dan watak ayah ialah Emma Manan.
"So, macam this is really something," kongsinya.
Biarpun sudah mempunyai nama besar dalam industri, Umi tidak kisah untuk hadir uji bakat dan mencuba watak tersebut kerana tertarik dengan karya arahan Erma Fatima.
"Sebab Erma Fatima. Saya meminati karakter-karakter Emma. Tak ada apa-apa. Saya cuma tahu Datin Umi Aida sebagai emak dan Eman Manan ayah saya.
"Itu saja saya tahu dan pengarahnya Erma Fatima. Dan mereka sudah maklumkan awal nanti akan jauh dengan anak-anak, kongsinya.
Bercakap mengenai berjauhan dengan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan dua cahaya mata demi komitmen kerja, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin itu berkata sudah tiba masanya dia kembali bekerja setelah lama menumpukan masa kepada keluarga.
"Saya sudah spend time dengan mereka, malah jadi tuition teacher lagi dan Alhamdulillah, result semakin bagus.
"So, I think it's okay. Selepas few months, actually two months. Mereka kena belajar. Mummy is work," kongsinya.
Ketika ditemui SinarPlus, pelakon The Original Gangster dan Hantu Kak Limah itu menerangkan enggan mengambil mudah soal pemilihan karya menjadikan dia begitu selektif dalam memilih filem untuk dijayakan.
"Saya rasa karakter itu akan memberi impak.
"Bagi Umi lah. Sebab Umi, I'm a mother. I'm also a wife. Kita tahu filem ini perlukan masa kita yang lama, jadi kerana itu Umi memilih," katanya.
Dalam pada itu, pemenang Aktres Terbaik Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 itu menjelaskan keterujaan untuk memulakan penggambaran.
"Langit 2 Warna adalah tentang cinta terhalang dan tidak memerlukan sentuhan.
"Watak ini kena banyak bermain dengan rasa yang jujur," jelasnya.
Walaupun sudah berada dalam kelas tersendiri, Umi mengakui dia langsung tidak kekok untuk terus berguru dan mendalami ilmu lakonan dengan mana-mana jurulatih demi kepuasan karya.
Bagi Umi, profesionalisme dan mutu lakonan sentiasa menjadi keutamaan.
"Setiap orang ada cara berbeza. Ada yang tidak berjumpa cikgu yang sesuai dengan pemahaman mereka tetapi saya sudah jumpa.
"Saya suka belajar daripada macam-macam cikgu tetapi saya lebih selesa dengan Ciku Fatimah Abu Bakar. Tetapi, kalau mereka tambah cikgu lain pun, I'm totally okay.
"Sebab kita boleh mempelbagaikan lagi lakonan. Ini mungkin cara lakonan tertentu manakala ada cara yang mungkin ini lebih dramatik.
"Saya sangat terbuka kepadanya. Sebab ini adalah sesuatu yang saya suka. Dan ia adalah sesuatu yang kita ingin mempunyai beberapa varian," kongsi Umi.
Bakal bergandingan dengan aktor popular Indonesia Reza Rahadian, Langit 2 Warna turut diterajui Christine Hakim, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Dr Rosdeen Suboh, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Zizi Kirana, Ismail Yaacob dan Sharifah Aryana.
Penggambaran Langit 2 Warna dijadualkan bermula pada November dan Disember 2026, berlokasi di empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Mesir dan Arab Saudi.
Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd dengan Datin Seri Dr Rosmariza Che Umar sebagai penerbit bersama, Langit 2 Warna merupakan karya Erma Fatima selepas hampir 10 tahun menyepi daripada pengarahan layar perak.