'Menci la bila ada yang lebih sweet!' – Izreen Azminda terharu terima kejutan Intan Liana, bawa kopi dan hadiah

Iklan

MASA itu penyembuh luka. Jika dahulu kisah kedukaan dan perselisihan faham antara pelakon Izreen Azminda bersama bekas madunya, Intan Liana Salleh sering menjadi tumpuan hangat liputan media tempatan, kini segalanya bertukar menjadi momen manis yang menyentuh hati.

Melangkah ke hadapan demi kebahagiaan anak-anak, kedua-dua wanita berjiwa kental ini membuktikan bahawa kemaafan dan kedamaian mampu mengutuhkan lagi tali silaturahim.

Iklan
Iklan

Terbaharu, menerusi satu perkongsian mesra di platform Threads, pelakon yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkongsi kejutan manis yang diterima daripada Intan, sekali gus mencuri perhatian warganet.

"Tersedak kakak yang tengah melantak bihun goreng masa tu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih taw.. Nangis tepi bucu laaaa.," tulis Izreen secara santai di ruangan kapsyen.

Iklan

Kehadiran Intan bersama keluarganya yang membawa buah tangan dan minuman kopi buat Izreen ternyata menjadi simbolik keakraban baharu yang semakin mekar dalam ikatan keluarga besar mereka.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan kagum dengan kebesaran hati serta kematangan yang ditunjukkan oleh kedua-duanya.

"Alhamdulillah.. Intan seorang insan yang berhati baik.. Dan Izreen pun sama, merendahkan perasaan demi kemenangan ini. Tak semua orang boleh buat. Intan dan Izreen, kalian hebat.. Teruskan seperti ini dan jangan layan provokasi yang boleh merosakkan kedamaian ini.. Kadang-kadang perkara baik pun akan ada mata yang nak kritik.. Awal-awal cakap, jangan dilayan.. Dan teruskan bersilaturahim demi anak-anak."

"Besarnya hati seorang Intan Saleh. May her life be filled with love, joy and Rahmat."

"Alhamdulillah buat Intan dan Izreen. Kekal berkasih sayang hingga ke syurga."

"Dua-dua dah berbaik. Alhamdulillah, moga ukhuwah silaturahim yang terjalin kekal berpanjangan hingga akhirnya. Both cantik, tetap awet muda."

"Alhamdulillah, akhirnya benci menjadi rindu dan kasih.. Betullah, hati itu milik Allah. DIA yang Maha membolak-balikkan hati manusia. Doakan yang baik-baik buat keduanya.."

Untuk rekod, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) pada 8 Ogos 2017. Ude dan Intan kemudiannya berpisah secara baik pada 22 Mac 2018.

Kini, keputusan kedua-duanya untuk melupakan kisah silam dan saling berlapang dada menjadi inspirasi terindah buat peminat, membuktikan bahawa kedamaian hati sentiasa membawa kebahagiaan yang berpanjangan.