'Alhamdulillah tahu-tahu dah ada Jarir'- Fattah Amin throwback detik bahagia bersama Amira Othman, syukur kehadiran anak lengkapkan hidup

Iklan

PELAKON dan penyanyi Fattah Amin sempat berkongsi momen bermakna bersama isterinya Amira Othman pada September tahun lalu.

Mengimbas kembali detik manis pada 8 September 2025 ketika mula-mula mengumumkan secara rasmi hubungan mereka kepada umum, Fattah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.

Iklan
Iklan

Pengumuman yang dibuat hanya empat hari sebelum majlis pernikahan mereka pada 14 September itu sememangnya mengejutkan ramai pihak, memandangkan tarikh berkenaan turut jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Iklan

Menerusi perkongsian ringkas tapi penuh bermakna di media social miliknya, pelakon filem Mat Kilau itu meluahkan rasa tidak percaya betapa pantasnya masa berlalu dan bersyukur atas kehadiran zuriat sulung, Muhammad Jarir Umar.

"Sekarang bulan September kan? Saje je nak throwback sikit.

Iklan

"Tahu-tahu now alhamdulillah dah ada Jarir. Sepantas ini masa berlalu kan @amiraaothman," kongsinya.

Sekadar info, Fattah dan Amira diijab kabul di sebuah resort di Sepang. Akad nikah disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat.

Kebahagiaan pasangan romantik ini semakin berseri apabila mereka selamat menimang cahaya mata lelaki sulung yang diberi nama Muhammad Jarir Umar pada 23 Jun lalu.