Zahnita menghitung hari kembali bergelar isteri, pilih tarikh 26 September

Iklan

SETAHUN menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon dan model Zahnita Wilson mengakui bakal menamatkan zaman solonya bersama 26 September ini.

Lapor mStar, pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu menjelaskan dia dan jejaka itu dibesarkan di kejiranan yang sama membuatkan masing-masing enggan di fasa perkenalan terlalu lama.

Iklan
Iklan

"Tak banyak yang saya boleh didedahkan sekarang, insya-ALLAH saya akan berkongsi tentang bakal suami bila sudah tiba masanya nanti," katanya ketika dihubungi mStar.

Iklan

Bercerita tentang bakal suaminya, Zahnita berkata dia tertarik dengan sikap penyayang selain komunikasi yang baik antara mereka.

"Saya terpikat dengan lelaki ini kerana kami boleh berkomunikasi dengan baik, dia seorang yang penyayang dan mengambil berat.

Iklan

"Sebenarnya ada banyak sebab kenapa saya terbuka untuk berkahwin lagi. Saya rasa apa yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya adalah apabila dia mengatakan sesuatu yang mampu menyentuh hati.

"Apa yang dia mahu ialah melihat saya bahagia," kongsinya.

Zahita terdahulu bercerai dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor Ogos 2025. Lebih dua dekad berkongsi hidup, Zahnita dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: mStar