'Tolong pilih lelaki boleh pegang tanggungjawab.' Kaka Azraff titip pesan buat wanita, rupa paras bukan ukuran bahagia

Iklan

PENYANYI Kaka Azraff berkongsi pesanan bermakna kepada wanita dalam memilih pasangan hidup

Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff itu membuka bicara mengenai pengajaran daripada fasa kehidupan dan pengalaman lalu yang mengajarnya menjadi lebih matang dalam menilai keutamaan sesebuah hubungan.

Iklan
Iklan

Kaka menerusi podcast ChatterBox Trio menegaskan bahawa aspek paling kritikal yang perlu dinilai oleh setiap wanita sebelum melangkah ke fasa perkahwinan adalah sejauh mana seseorang lelaki itu mampu menggalas rasa tanggungjawab.

"Tolonglah cari lelaki yang you kena nampak dia boleh pegang tanggungjawab. Itu dulu.

Iklan

"But dalam perkahwinan, itu semua dia dah jadi benda yang dalam kotak kecil sahaja," tutur Kaka.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menjelaskan bahawa nilai keperibadian sebenar seorang suami itu teruji apabila dia tahu meletakkan keutamaan terhadap penciptanya serta komitmen kepada keluarga.

Iklan

"Tanggungjawab dia pada you. Sebagai orang yang dia nak ambil dalam hidup dia mahu ambil masuk ke dalam hidupnya," kongsinya.

Berbicara lanjut, pelantun lagu Bawaku Pergi dan Bukan Hal Aku itu turut menjelaskan cara seseorang lelaki melayani ahli keluarga adalah petunjuk utama bagaimana dia akan melayani isterinya kelak.

Jelas Kaka, jika seorang lelaki itu mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ibu bapa atau adik-beradik, perkara yang sama juga boleh berlaku dalam rumah tangga kelak.

“Kalau dia jauh daripada keluarga dan adik-beradik, dia akan jauh juga daripada awak sebab dia selalu berada dalam dunianya sendiri.

“Tetapi jika awak nampak dia ambil berat tentang keluarga, emak dan adik-beradik, maksudnya dia akan prihatin tentang awak kerana itulah jati diri dia. Selain itu, lelaki itu perlu ada empati dan kecerdasan emosi yang tinggi,” tuturnya lagi.

"Pengalaman mengendalikan ujian rumah tangga sebanyak dua kali memberi sudut pandang baharu buat Kaka.

Pernah dua kali menempuh peritnya fasa perceraian, Kaka kini lebih matang memandang kehidupan.

Mengakui rupa paras bukan lagi ukuran utama, baginya ketenangan jiwa jauh lebih bernilai berbanding keindahan luaran yang bersifat sementara.

“Sebagai orang yang pernah melalui fasa perceraian, janganlah putus asa dengan cinta. Cinta itu sebenarnya ada, cuma mungkin belum jumpa lagi.

“Berdasarkan pengalaman, rupa tak menjamin kebahagiaan dan ia tidak membuatkan hati awak rasa tenang. Kebahagiaan mungkin datang dan pergi, tetapi ketenangan itu akan kekal selamanya,” ujarnya.

Sekadar info, Jun lalu Kaka bercerai talak dua dengan bekas suami, Adam Azriff.

Mereka terdahulu berpisah kali pertama pada 28 Oktober 2024 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk pada awal tahun 2025.

Sumber: Instagram