Harris Annuar, Asha Merican timang anak kedua lelaki pada tarikh cantik 9 September. 'Assalamualaikum wahai Issa Suleiman'

Iklan

PASANGAN selebriti Harris Annuar dan Asha Merican selamat menimang cahaya mata kedua mereka jam 9 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Haris menerusi hantaran di Instagram. Memuat naik foto bersama si kecil di samping Asha.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah baby lahir dengan selamat pada 9 September 2026 jam 9 pagi tadi.

"Semoga menjadi anak yang soleh untuk mummy dan daddy," titip Harris.

Iklan

Warganet rata-rata  mengucapkan tahniah buat Harris dan Asha atas kelahiran anak kedua mereka.

Sekadar info, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 33, berkahwin Asha pada tahun 2022.

Iklan

Pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja 2017 itu terdahulu dikurniakan anak sulung perempuan bernama Aura Medina yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Threads