PERSONALITI media sosial, Shuhada Shukri berkongsi keunikan tarikh lahir dua orang anaknya yang jatuh pada 9 September.
Dalam catatan di Instagram, Shuhada yang mesra disapa Shu, 32, mengimbas kembali detik-detik membesarkan mereka.
"9 September. Hari yang sama, aku lahirkan dua sebab terbesar untuk aku terus kuat.
Namun, ibu tunggal itu secara tidak langsung menyelak kembali pahit maung yang penuh emosi sepanjang membesarkan zuriatnya.
"Aku tak tahu kenapa, bila tengok video ini aku bukan cuma nampak dua orang anak yang makin besar.
Artikel berkaitan:
- 'Syabas Shu!'– Air mata syukur Shuhada Shukri, berjaya didik anak dengan cemerlang, pencapaian Umar & Humairah luar biasa
- Bekas isteri Hafidz Roshdi kongsi anak raih Best Student sekolah di Australia. 'Anakku Humairah, ibu bangga'
"Aku nampak diri aku yang pernah menangis diam-diam, pernah takut tentang masa depan, pernah tertanya-tanya macam mana nak besarkan dua anak seorang diri…
tapi tetap bangun everyday and teruskan juga.
"Aku mungkin tak mampu bagi Umar and Humairah keluarga yang sempurna.
"Tapi aku akan pastikan kakak and abang tak pernah rasa kurang kasih sayang," kongsi Syu.
Dalam hantaran yang sama, pemilik nama Nurul Shuhada Mat Shukri itu turut menitipkan ucapan maaf yang menyentuh jiwa.
"Maaf kalau sepanjang perjalanan ni, ada hari ibu terlalu penat. Ada hari ibu tak cukup sabar. Ada hari ibu sendiri tak tahu macam mana nak teruskan.
"Tapi satu benda ibu nak Umar n Humairah tahu. Ibu tak pernah menyesal memilih untuk terus berjuang demi korang berdua. Kakak, sembilan tahun. Umar, enam tahun.
"Dulu ibu dukung korang dengan dua tangan ibu. Sekarang ibu cuma mampu doa, semoga suatu hari nanti kalian faham kenapa ibu berjuang sejauh ini.
"Kalau dunia tak selalu baik dengan Umar n Humairah, baliklah pada ibu. Ibu mungkin cuma sorang, tapi ibu akan tetap cuba jadi rumah untuk Umar and Humairah.
"9.9.2017 dan 9.9.2020. Dua tarikh yang mengubah seluruh hidup ibu," tulisnya.
Sekadar info, Shu bersama dua cahaya matanya berhijrah ke Melbourne, Australia pada Julai 2024.
Dia sebelum ini bercerai dengan pelakon Hafidz Roshdi pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun berumah tangga.