Bekas isteri Hafidz Roshdi kongsi anak raih Best Student sekolah di Australia. 'Anakku Humairah, ibu bangga' 

A
A
A

IBU mana tidak gembira apabila cahata mata sendiri meraih kecemerlangan. Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri meluahkan kebanggaannya apabila anak perempuannya, Humairah, 8, meraih gelaran Best Student di sebuah sekolah di Australia.

Dalam catatan penuh emosi di Instagram, Shuhada berkongsi rasa bangga terhadap pencapaian akademik dan kokurikulum anaknya itu.

Dengan emoji menangis, luahan Shuhada menyentuh hati ramai.

No Image Caption

"The best student of JLC (1/78). 

"Wahai anakku Humairah ibu bangga dengan kamu,bangga dengan pencapaian akademik dan kokurikulum," kongsinya.

Memuat naik video memaparkan anak sulungnya menerima pingat dan sijil, menerima , Shuhada sambil memuji akhlak, adab, dan senyuman Humairah yang disenangi ramai.

"Dengan adab kamu, dengan senyuman dan akhlak kamu, ibu bangga dengan kami wahai anak. Tahniah," titip wanita mesra disapa Shu itu.

Artikel berkaitan:

Warganet mengucapkan tahniah buat Shu dan Humairah. Rata-rata memuji keibubapaan wanita itu yang berjaya membesarkan serta mendidik cahaya mata sebagai ibu tunggal.

"Kami turut terharu melihat pencapaian Humairah. Tahniah! Teruskan usaha gigih dan terus membanggakan ibu. Anak yang cerdas dan berbudi pekerti tinggi."

"Masya-ALLAH Humairah hebat, mommy luar biasa."

"Kami sebak menyaksikan kejayaan ini. Semoga semua anak-anak Shuhada terus berjaya di dunia dan di akhirat."

"Selain cerdas, Humairah juga menunjukkan adab yang tinggi. Perbuatan bersalaman dengan kedua-dua tangan dan mencium tangan prinsipal, walaupun sesuatu yang jarang diamalkan di sana, membuktikan didikan ibu yang berjaya menanam nilai adab dan pekerti. Tahniah, Humairah! "

Terdahulu, Shuhada dan dua cahaya matanya berhijrah ke Melbourne, Australia pada Julai 2024.

Shuhada dan Hafidz bercerai pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun berumah tangga. Selain Humairah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang