EMPAT tahun di sebalik tembok besi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Figura yang pernah mencetuskan fenomena dengan frasa popular 'Malu apa, Bossku' itu bakal menghabiskan baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Memetik Bernama, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.
“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan itu.
Sekadar info, sosok yang berusia 73 tahun itu menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia keenam dan menjalankan tugas dari tahun 2009 hingga 2018.
Najib yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 itu sedang menjalani hukuman selama enam tahun di Penjara Kajang atas sabitan kes SRC international.
Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022. Kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) iaitu di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Artikel berkaitan:
- Dari jeriji besi, Najib coret luahan tiga tahun dipenjara - 'Tikar sejadah menjadi teman, saat itu pasti tiba...'
- 'Mata berair bila mendengarnya.' Najib Razak sambut kelahiran cucu, titipan ucapan dari tirai besi undang sebak!
Sumber: Bernama