'Walau anak buat kecil hati, tak terdetik kata tidak baik ...' Vida pilih tenangkan diri & maaf, akui doa ibu mudah makbul

Iklan

USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Vida merupakan ibu yang penyayang dan cukup menitikberatkan hubungan dengan anak-anak.

Baru-baru ini, ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui dirinya juga tidak dapat lari daripada rasa berkecil hati apabila berdepan kerenah anak-anak.

Iklan
Iklan

Namun, pemilik nama Hasmiza Othman, 54, memilih untuk tidak membiarkan perasaan tersebut berpanjangan, sebaliknya segera menenangkan diri, melapangkan hati dan memaafkan.

Iklan

"Sebab kata-kata yang diucapkan oleh seorang ibu sangat sangat sangat mudah di ijabah (makbul).

"Saya tak nak terdetik sedikit pon perasaan atau berkata perkataan tidak baik terhadap anak anak meskipun dalam hati. Cik B, Kacak anak-anak mama yang hebat.

Iklan

"Sebab tu bila hilang sosok seorang ibu hidup kita kosong , sebab sudah tiada doa-doa dari ‘dia’ buat kita," titipnya.

Usahawan itu turut membuka kembali lembaran paling perit dalam hidupnya apabila mengenang pemergian dua cahaya matanya pada 3 Ogos 2013 akibat tragedi kebakaran.

Kejadian yang berlaku di kediamannya di Meru, Ipoh itu mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang pekerja.

"Titik terendah saya yang orang sudah lupakan ialah kehilangan anak pertama dan anak kedua saya asbab kebakaran di rumah. Ketika saya outstation tak mampu berbuat apa apa .

"Sesampai saya di rumah, saya hanya melihat mereka sudah tidak bernyawa akibat lemas asap. Tiga hingga lima bulan saya terperuk terbaring ibarat jasad yang hilang nyawa dan roh.

"Al-Fatihah anak anak mama Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin," titipnya.

Biarpun sudah bertahun-tahun berlalu, kehilangan itu jelas meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan Vida.

Pengalaman tersebut juga mungkin menjadi antara sebab mengapa dia begitu menghargai kehadiran anak-anak yang masih ada di sisinya.

Perkongsian Vida menerima pujian daripada warganet. Rata-rata bersetuju dengan perkongsian berkenaan.