PELAKON dan pengacara Raja Farah selamat bersalin anak kelimanya di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon Lagenda Budak Setan dan Anak Halal itu menerusi laman sosial.
"Alhamdulillah t’s a boy," kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, pemilik nama Raja Farah Raja Aziz berkongsi perincian kelahiran si kecil yang dilahirkan secara normal itu.
"Seberat 3.2 kilogram, tarikh jangkaan bersalin 28 Oktober namun dilahirkan pada 8 Oktober 2026 pada usia kandungan 37 minggu satu hari," kongsinya.
Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz, 38, terdahulu memiliki empat cahaya mata yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.
Untuk rekod,, Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015.