Balik Parlimen kena ‘fitness test’, Syed Saddiq dukung Bella Astillah dan anak-anak, gelagat mereka mencuit hati – 'YB betul-betul Iron Man...'

Iklan

BELUM tamat cerita majlis kahwin yang berlangsung baru-baru ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri tumpuan ramai.

Ahli Parlimen Muar dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam media sosial miliknya selepas pulang dari Parlimen

Iklan
Iklan

berdepan cabaran yang berbeza di rumah.

Kali ini bukan soal politik atau Belanjawan 2027, tetapi melayan kerenah Bella Astillah dan anak-anak permata hatinya.

Iklan

Gelagat Ahli Parlimen Muar itu menuai perhatian apabila sebuah video memaparkan dirinya mendukung Bella, selain melayan anak-anak yang turut mahu merasai layanan sama.

Momen spontan itu mengundang tawa, apatah lagi apabila Syed Saddiq sendiri menganggap aktiviti berkenaan sebagai ‘ujian kecergasan’ selepas seharian bekerja.

Iklan

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, beliau turut berkongsi bahawa keesokan harinya beliau perlu membahaskan Belanjawan 2027 di Parlimen.

“Lepaskan stress dulu dengan keluarga supaya tenang sahaja nanti,." kongsinya di ruangan kapsyen.

Nampaknya, sesi bergurau senda bersama keluarga menjadi antara cara Syed Saddiq merehatkan fikiran sebelum kembali memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Namun, bukan aksi mendukung itu sahaja yang menarik perhatian.

Ruangan komen turut menjadi medan usikan apabila ada netizen, khususnya golongan suami, mula membayangkan kemungkinan perlu memenuhi permintaan serupa di rumah masing-masing.

“YB, jangan bukan-bukan sangat boleh tak? Wife saya dah post kat story tu... kang ada balik kerja nanti dia minta...”

Komen itu nyata mencuit hati kerana video berkenaan mungkin menjadi ‘bukti’ baharu untuk isteri mengusik suami masing-masing.

Seorang lagi pengguna media sosial pula berseloroh tentang kemesraan pasangan tersebut, sambil mengaitkannya dengan golongan bujang.

“YB dan Bella Astillah, jangan sampai saya usulkan untuk bahas kat Parlimen pasal YB tak menghormati golongan single macam saya ni!!! Banyak nau semut ni.”

Gelagat anak-anak juga mengundang perhatian apabila seorang netizen mengusik tentang perhatian yang perlu dikongsi bersama.

“Untung laaa daddy .. Jack dah kena kongsi kasih sayang daddy.”

Di sebalik gurauan itu, ada juga pengguna media sosial yang meluahkan rasa gembira melihat sisi lebih santai Syed Saddiq menerusi perkongsian bersama keluarga.

“So happy to see YB’s account becoming less political and serious because he has a very warm home now. Their laughter is so genuine from the heart and it’s so heartwarming.”

Malah, ada yang menitipkan doa agar keluarga berkenaan terus dilimpahi kebahagiaan.

“BASS menjadi keluarga sakinah, mawaddah, warahmah serta bahagia sampai ke jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin.”

Dalam pada ramai terhibur, seorang netizen turut mengingatkan Syed Saddiq supaya menjaga keselamatan diri ketika mendukung ahli keluarga, terutama bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian belakang atau pinggang.

“YB betul-betul Iron Man... tapi YB jaga-jaga your back and waist... don't sprain.”

Walaupun video itu hanya memaparkan gelagat bersahaja di rumah, reaksi yang diterima menunjukkan bagaimana momen kecil bersama keluarga boleh mencetuskan senyuman ramai.

Selepas seharian berdepan komitmen kerja, ada kalanya gurauan dan gelak tawa orang tersayang menjadi ruang untuk melepaskan tekanan.

Bagi Syed Saddiq, ‘fitness test’ kali ini bukan di gimnasium, tetapi bersama keluarga sendiri!