Watie Hanifiah terharu dengan kata-kata Thalita dan Matin, pesan jangan mudah percaya cerita media sosial – ‘Mummy bangga dan bersyukur’

Iklan

KATA-kata orang luar bukan mudah untuk dihadapi, apatah lagi apabila persoalan mengenai kehidupan ibu bapa turut sampai ke telinga anak-anak. Namun, di sebalik situasi yang mengundang pelbagai tanggapan usahawan, Watie Hanifiah terharu melihat kematangan Thalita dan Matin dalam memahami perkara yang berlaku.

Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu menceritakan perbualan bersama anak-anaknya ketika mereka berkumpul di atas katil dalam bilik ibu bapa sebelum tidur.

Iklan
Iklan

Rutin itu menjadi ruang buat setiap ahli keluarga berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang hari. Kali ini, perbualan mereka menyentuh persoalan yang diajukan oleh guru serta rakan-rakan mengenai rumah tangga Watie dan suaminya, Shuib.

Meskipun perkara itu bukan mudah untuk dibincangkan, jawapan yang diberikan oleh Thalita dan Matin membuatkan Watie berasa bangga serta bersyukur.

Iklan

Jaga mulut, elak menyebarkan fitnah

Iklan

Menurut Wanita berusia 37 tahun itu lagi, anak kedua Shuib itu melihat situasi yang berlaku bukan sekadar ujian buat ibu bapanya, sebaliknya turut membawa pengajaran kepada orang lain supaya lebih berhati-hati ketika berbicara.

“Thalita cakap dengan mereka, sebenarnya ini bukan ujian mummy dan daddy saya seorang, tetapi pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah,” kongsi Watie mengenai kata-kata anaknya.

Pesanan itu memperlihatkan bagaimana Thalita cuba memahami keadaan keluarganya dengan melihat perkara tersebut daripada sudut yang lebih luas.

Matin pula mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak mudah mempercayai segala perkara yang dibaca di media sosial, apatah lagi menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Iya, Matin pun cakap lepas ini apa yang dalam media sosial itu, kalau kita terbaca, jangan terus percaya dan tuduh sebab benda itu berlaku dalam keluarga aku,” katanya seperti yang dikongsikan Watie.

Anak-anak jadi sumber kekuatan

Bagi ibu kepada anak perempuan Akira Juwita Zahra, kata-kata kedua-dua anak tirinya itu membawa makna besar, terutama ketika mereka sekeluarga berdepan dengan pelbagai tanggapan dan komen daripada orang luar.

Di sebalik situasi yang menguji emosi, sokongan serta persefahaman anak-anak menjadi antara perkara yang menguatkan semangatnya.

“Terima kasih anak-anak. Di waktu dan ketika ini, tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain kekuatan, pandangan dan pertahanan daripada kata-kata yang datang daripada anak-anak mummy dan daddy,” luah Watie.

Untuk rekod, Watie dan Shuib berkahwin pada 23 Jun 2023. Shuib juga memiliki empat anak hasil perkahwinan dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15;Dzahira Talita Zahra, 13; Ariq Matin, 10 dan Ayash Affan, 5.