'Anugerah terindah bukan sahaja di dunia...' Ustaz Lah menitis air mata, dua puteri tamat hafazan 30 juzuk al-Quran selang tujuh bulan 

Iklan

PENDAKWAH Ustaz Lah menitiskan air mata apabila anak perempuan keduanya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran, sekali gus mengulangi kejayaan kakaknya yang terlebih dahulu bergelar hafizah.

Menerusi video tular di TikTok, pendakwah berkenaan dilihat memeluk anak keduanya Nur Aufa yang berjaya menghabiskan hafazan dalam masa satu tahun lima bulan.

Iklan
Iklan

Lebih membahagiakan, terdahulu anak pertamanya Aisyah Al-Afifah menyudahkan hafazan dalam tempoh satu tahun lima bulan pada Mac lalu .

"Alhamdulillah, sekali lagi Ustaz Lah dan keluarga diraikan dengan sebuah berita yang cukup membahagiakan.

Iklan

Anak pertamanya Aisyah Al-Afifah menyudahkan hafazan dalam tempoh satu tahun lima bulan pada Mac lalu

"Di sebalik kejayaan ini, pastinya tersimpan seribu satu kisah perjuangan. Ada pengorbanan, kesabaran, doa yang tidak pernah putus, serta usaha yang berterusan daripada ibu bapa, para murabbi dan anak-anak itu sendiri.

Iklan

"Bukan mudah membina seorang al-hafizah, apatah lagi melihat dua orang anak berjaya menggalas kemuliaan yang sama," kongsi pemilik akaun TikTok Danial Hussin.

Pemilik nama Abdullah Abdol Razak itu dilihat memeluk puterinya dalam suasana penuh emosi, menyaksikan hasil usaha dan kesungguhan mereka menghafaz kalam ALLAH.

Foto: Facebook Ustaz Lah

Kejayaan dua beradik itu bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menyentuh hati warganet yang turut menitipkan ucapan tahniah serta menjadikan perjalanan mereka sebagai inspirasi.

"Pentingnya kahwin dengan lelaki yang mementingkan solat. Walaupun dia bukan ustaz tapi dia jaga solat nescayalah anak-anak akan terdidik untuk solat."

"Perjuangan ini bukan hanya pelajar dan guru, ibu ayah pun struggle. Tahniah."

"Inilah kejayaan sebenar dalam hidup seorang anak dan ibu bapa. Insya-ALLAH cemerlang dunia akhirat."

Sumber: TikTok