‘Daddy is proud of you’ – Anak kedua Dr Sheikh Muszaphar raih Anugerah Murid Harapan TKC, Tasha aktif cabar diri

Iklan

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Sophea Natasha,13, meraih Anugerah Murid Harapan 2026.

Lebih mesra disapa Tasha, remaja itu yang memulakan alam persekolahan menengah di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) tahun ini, aktif menyertai pelbagai aktiviti merangkumi bidang sukan, akademik dan inovasi.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar menceritakan bagaimana anaknya itu sentiasa mencabar diri dengan mencuba pelbagai perkara baharu sepanjang menuntut ilmu di sekolah berasrama berkenaan.

"Tasha Tingkatan Satu di TKC. Sentiasa aktif, sentiasa mencuba perkara baharu dan sentiasa mencabar diri untuk menjadi yang terbaik.

Iklan

"Menyertai Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS), ragbi, pengakap, pertandingan Matematik dan Sains serta pertandingan inovasi.

Iklan

"Bagus apabila dia sentiasa mengisi masa dengan pelbagai aktiviti, mencuba segala-galanya dan mencabar diri sendiri untuk melihat sejauh mana kemampuan yang boleh dicapai," titipnya.

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi pandangannya mengenai pengalaman menuntut ilmu di sekolah berasrama yang memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka potensi diri, membina identiti dan mencuba pelbagai bidang baharu.

"Mencari hala tuju dan Identiti, mencuba bidang baharu, untuk menjadi yang terbaik, itulah kehidupan di sekolah berasrama penuh.

"Tahniah Tasha atas pencapaian ini. Untuk 2026, Daddy is proud of you," titipnya.

Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam,Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu Syed Muhammad.

Anak pertama mereka Sophea Isabella atau Bella, 15, juga berada di asrama selepas melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).