'Alhamdulillah, rezeki anak-anak' - Tiga anak Fedtri Yahya terima anugerah kecemerlangan, si bongsu muncul pelajar terbaik Tahun Satu

Iklan
Ahmad Firaas Mevlana yang muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan Tahun Satu

ALHAMDULILLAH! Pengacara televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya Ahmad Firaas Mevlana yang muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan Tahun Satu dengan meraih Anugerah Akademik Unggul.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fedtri menyifatkan pencapaian tersebut sebagai rezeki yang cukup bermakna buat keluarganya.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah… syukur ya ALLAH Mevlana mendahului senarai. Tempat pertama keseluruhan Tahun Satu - Anugerah Akademik Unggul.

"Tahniah baby," ungkap hos Malaysia Hari Ini itu.

Iklan

Cemerlang UPKK & PSRA, Ahmad Wildan Arjuna merangkul Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun Enam pula

Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, Mevlana turut mengharumkan nama keluarga menerusi pelbagai pencapaian ko-kurikulum apabila muncul juara pertandingan bercerita, juara acara pecut 100 meter serta terpilih menjadi Ketua Kelas.

Iklan

Lebih membanggakan Fedtri, kejayaan itu bukan hanya milik Mevlana apabila dua lagi anaknya, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Wildan Arjuna turut menerima anugerah kecemerlangan akademik.

Indah Rauvda Inaara meraih Anugerah Akademik Unggul bagi Tahun Tiga manakala Arjuna pula menerima anugerah sama bagi Tahun Enam.

Bagi Fedtri, kejayaan anak-anak kali ini menjadi satu lagi nikmat yang amat disyukuri, apatah lagi apabila ketiga-tiganya menerima pengiktirafan atas usaha masing-masing.

Indah Rauvda Inaara meraih Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun Tiga

"Alhamdulillah. Rezeki anak-anak kali ni. Tiga beradik naik pentas untuk anugerah kecemerlangan akademik. Syukur tak terhingga. Berkat bimbingan guru tercinta dan kerja keras bersama. Suasana sekeliling yang baik, insya-ALLAH hasil yang menarik," kongsinya.

Dalam pada itu, Fedtri turut menzahirkan penghargaan terhadap guru-guru yang membimbing anak-anaknya serta mengakui kepentingan usaha dan persekitaran yang positif dalam membantu mereka mencapai kejayaan.

Perkongsian tersebut mengundang rasa bangga terhadap pencapaian tiga beradik itu, terutama Mevlana yang berjaya mendahului senarai pelajar Tahun Satu.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.