'Memang hebat penulisan dan kajian baginda' - Tunku Azizah raih ijazah sarjana usia 66 tahun, dikurnia anugerah Pelajar Terbaik

Iklan

USIA bukan penghalang buat Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk terus menimba ilmu apabila berjaya menggenggam ijazah sarjana pada usia 66 tahun.

Lebih membanggakan, kejayaan baginda turut diserikan dengan penganugerahan Pelajar Terbaik bagi program Sarjana Sastera Pemikiran dan Tamadun Islam daripada International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM).

Iklan
Iklan

Pencapaian membanggakan itu diraikan bersempena Istiadat Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-42 yang berlangsung pada 28 November.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi kenyataan rasmi Majlis Kesultanan Pahang (MKP) yang menzahirkan ucapan tahniah kepada baginda atas kejayaan berkenaan.

Iklan

Menurut MKP, pencapaian Tengku Ampuan Pahang bukan sahaja menjadi kebanggaan seluruh warga majlis itu, malah turut menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Iklan

"Sesungguhnya kejayaan Paduka Baginda merupakan pencapaian yang amat membanggakan serta menjadi inspirasi kepada warga MKP dan masyarakat untuk terus menuntut ilmu, memperkasa pemikiran serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing," menurut kenyataan itu.

MKP turut menzahirkan harapan agar pencapaian akademik baginda menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat, khususnya dalam kalangan Dunia Islam dan Dunia Melayu.

Malah, segala ilmu serta hasil kajian yang diusahakan baginda diharap dapat memberikan manfaat berpanjangan dan menjadi sumbangan bermakna kepada ummah.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut hadir pada majlis konvokesyen berkenaan dan berkongsi ucapan tahniah buat Tengku Ampuan Pahang.

Tengku Ampuan Pahang bersama Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, isterinya Profesor Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah

Menerusi hantaran di media sosial, beliau turut memuji penulisan tesis baginda yang mengangkat kajian mengenai undang-undang dan perlembagaan Melayu-Islam.

"Pagi ini memenuhi undangan khas daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang menerima Ijazah Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam (Master of Arts in Islamic Thought and Civilisation) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kejayaan Tengku Ampuan Pahang itu sekali lagi membuktikan bahawa usaha menuntut ilmu tidak mengenal usia.

Malah, pencapaian baginda menjadi inspirasi bahawa proses menimba ilmu boleh diteruskan pada bila-bila masa, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, malah masyarakat dan generasi akan datang.

SUmber: Kesultanan Pahang & FB Datuk Dr Asyraf Wajdi