'Mat Saleh luar biasa' - Raja Ilya dedah suami hantu durian, makan berbiji-biji, sanggup cari walaupun bukan musim!

Iklan

PELAKON Raja Ilya berkongsi gelagat suaminya, Trent Garret, yang rupa-rupanya seorang peminat tegar durian meskipun berasal dari Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya menyifatkan suaminya sebagai individu luar biasa kerana bukan sahaja menggemari Raja Buah itu, malah sanggup berusaha mendapatkannya.

Iklan
Iklan

“Trent ni version Mat Saleh luar biasa… mat saleh lain lari kalau bau durian tapi dia pula, will hunt and stay sampai makan durian berbiji biji," kongsinya.

Lebih menarik, biarpun kepulangan ke Malaysia kali ini  bukan pada musim, suaminya menerima kejutan daripada individu penting dalam keluarga yang membawanya mendapatkan durian.

Iklan

"Kali ini bukan kali pertama dia (suami Raja Ilya) buah kegemarannya Black Thorn tapi dapat pengalaman buka sendiri and makan di kampung. Serius ia sangat berbaloi," kongsinya”

Iklan

Menerusi perkongsian itu, Trent bukan sahaja berpeluang menikmati durian kegemarannya, malah dapat merasai pengalaman membuka buah berkenaan sendiri dan menikmatinya di kampung.

Gelagat Trent yang begitu bersungguh-sungguh menikmati durian mencuit hati, apatah lagi apabila dia sendiri menunjukkan kemahiran mengupas buah itu.

Anak sulung mereka, Talita tidak ketinggalan mencuba durian dan menyukainya.

Untuk rekod, Raja Ilya atau nama penuhnya Ramilah Begum Raja Mohammad mula menetap di Perth, Australia pada 2019, selepas mendirikan rumah tangga dengan Trent.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Talita Love Garrett, 4, dan Royal Abraham, 2.