'Selalu tanya mana adik, siap dukung dan bawa lari' – Achey dedah Tiara asbab kembali jalani IVF

Iklan

BERITA gembira kehamilan isteri pelawak, Achey Bocey selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bukan sahaja dinanti pasangan itu, malah turut menjadi detik paling membahagiakan buat anak angkat mereka, Tiara Zinnirah.

Siapa sangka, kehadiran Tiara juga menjadi antara asbab Achey dan isteri, Nur Hasanah Yahaya atau Anne, kembali memasang tekad untuk mendapatkan zuriat menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Iklan
Iklan

Berkongsi cerita dalam temu bual bersama Hot FM, Achey mendedahkan anak perempuannya itu mula menunjukkan keinginan untuk mempunyai adik sejak hujung 2024.

Malah, gelagat Tiara yang begitu teruja setiap kali bertemu kanak-kanak kecil membuatkan pasangan itu tersentuh sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan usaha mendapatkan cahaya mata.

Iklan

"Kalau nak diberikan kredit yang paling besar dalam asbab kami push untuk buat IVF ni pada tahun ni adalah Tiara sebenarnya.

Iklan

"Pada tahun 2024, hujung tahun dia sudah start mula 'rembat' kalau ada budak-budak kecil.

"Kalau ada budak yang umur setahun dua, dia akan dukung dan bawa lari. Sampai satu tahap, dia balik dan dia menangis dan cakap dengan mamanya.

"(Dia) dah masuk lapan tahun, mana adik?" kongsi Achey.

Sementara itu, Anne dalam hantaran media sosial turut berkongsi keterujaan Tiara selepas mengetahui dirinya kini hamil.

Menerusi satu hantaran, Anne mendedahkan si kecil itu tidak pernah lupa menyapa adik yang masih dalam kandungan, malah turut menghadiahkan selawat dan doa setiap hari.

"Tiara Zinnirah anak mama, rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik.

"Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak, walaupun adik masih belum lahir ke dunia.

"Sayang, semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain. Amin Ya Rabb," titipnya.

Terdahulu, Achey dan Anne berkongsi perjalanan mereka menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Jun lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah menjalani rawatan sama pada 2022, namun usaha berkenaan tidak membuahkan hasil.

Sumber: Instagram Hot FM, Instagram Anne Achey